Friday, 20 February 2015

Pneumococcol Vaksin : Bahaya Pneumonia

Pneuomoccol Vaksin ni sangat penting untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka lebih terdedah dengan ancaman kesihatan. kadang-kadang even kita jaga sangat pon, anak-anak ni tetap terdedah dengan ancaman-ancaman luar. bukan setakat ancaman bakteria, virus, juga ancaman manusia. Sebelum saya nak share experiences saya berkenaan Pneumococcol Injection ni, kita tengok dulu fakta yang kita PERLU tau.


Apa itu Pneumococcol Infection?

Pneumococcol infection adalah infection yang disebabkan oleh Streptococcus pneumonia. Ia bole merebak melalui batuk dan bersin dan boleh menyebabkan meningitis dan pneumonia (jangkitan paru-paru). kanak-kanak dibawah umur 5tahun lebih terdedah kepada risiko ini. 

Simptom simptom pneumonia adalah:-

- demam dan sejuk yang menggeletar (shaking), 
- as well as sakit dada, 
- batuk berpanjangan, 
- kesukaran bernafas dan lemah. 
- boleh juga mengakibatkan muntah atau sakit kepala. 

Kenapa perlu Pneumococcol Injection?

Vaksin ini adalah selamat dan efektif untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan kebawah. Setakat ini, ada 2 jenis vaksin pneumococcol iaitu PCV13 dan PPSV23. Secara ringkasnya, 1 untuk infant dan kanak-kanak, 1 lagi untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Apa itu PCV13 dan PPSV23, bole refer di SINI

Terdapat lebih 90 jenis bakteria pneumococcol. PCV13 adalah bertujuan untuk mengawal 13 jenis bakteria yang biasanya menyerang kanak-kanak. dos yang dicadangkan adalah 4 siri, iaitu pada usia 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan diantara 12-15 bulan. Kalo anak kita da lebih dari 12 bulan, dia maish ada peluang untuk dapatkan 1 dos iaitu dos yang terakhir. 

Pengalaman tak best dengan pneumonia

Apabila keadaan mendesak, baru kita berusaha mencari solution. Itula yang berlaku kat saya dulu. Anak saya, Muhammad Qays selalu sangat admitted sebab pneumonia. Paling awal masa umur dia 4bulan, dan berterusan sampailah umur dia 1tahun 2bulan. Masa tu pengetahuan saya pasal vaccination ni memang kurang. anak baru sorang, macam tak amik tau sangat. yang saya tau, vaccine biasa yang wajib amik tu je, dan yang free.

Bila dah kerap sangat tak sihat, kami susah hati jugak. yela, dok nursery, risiko nak terdedah pada penyakit tu lagi tinggi dari kita jaga anak sendiri. Pastu pulak, most of the time, saya jaga anak sorang2. Satu hari, masa nak bawa Qays gi klinik, husband saya ada terbaca satu artikel pasal pneumococcol vaksin ni dan kenapa perlunya kita amik untuk anak-anak kita. Jadinya, kami decide untuk amik tau lebih lanjut pasal vaksin ni. masa tu umur Qays da 1tahun lebih. Saya decide untuk call KPJ Kajang untuk jadual vaksin, dan Qays masih sempat untuk amik 1 dos, which is dos yang terakhir. 

Kami ke KPJ Kajang dan berjumpa Dr Asmuni. After da dapat advice sume, kami memang decide untuk amik 1 dos walaupon dos yang terakhir. Sebenarnya, memang bagus if kita dapat lengkapkan doa, tapi kalo da lambat macam anak saya ni pon takpe. Better late than never, kan? Kos satu dos vaksin kat KPJ masa tu which is tahun 2009 adalah RM200++ camtu. Murahla berbanding dengan hospital Annur kat Bangi ni. (Annur memang segala2nya mahal. Sebab dekat je saya pegi Annur, kalo tak, its really not my choice).😣

Alhamdulillah, its suprising us la bila dia sihat dan takde lagi admitted2 sebab pneumonia ni. just normal cough or flu which is normal pon untuk budak-budak dok nursery. Jadinya, anak2 yang seterusnya memang kami decide nak completekan 4 dos pneumococcol vaksin ni. 

Anak kedua saya, Muhammad Qaid, lahir-lahir je memang ada masalah sikit, bole refer di entry INI, dia dapat special attention dari beberapa pakar dan kebetulan masa tu saya memang tak bekerja, jadinya dia memang kurang terdedah kepada risiko batuk, selsema yang panjang. Based on experiences abg Qays dulu, kami memang da plan untuk dapatkan vaksin yang lengkap untuk Qaid walaupon saya full time jaga dia sampai umur dia dekat 2tahun lebih. So far so good, memang tak penah admit sebab pneumonia. Tapi 2,3 kali gakla admit sebab batuk lame sangat (blom tahap pneumonia).

Yang no 3 pon sama, Nur Qiyyama, dia pon dapat complete dos macam Qaid kat Klinik Pakar Kanak-kanak Annur. Satu dos RM300 untuk injection sahaja, Belum masuk consultation lagi. Tapi sebab dekat dan sebab saya suke dr Arbaiyah, saya pegi gakla walaupon mahal skit. Yaya @ Omey, walaupon lahir-lahir je dia, saya da keje, dan dia duduk kat nursery, blom penah lagi dia admitted atas sebab ape pon dan arapnya sampai bila-bila la camtu.. Skang umur dia da 1tahun 5bulan. Da 3 orang ni, saya dapatla bezakan keadaan anak2 yang amik dan tak amik. 

Sebab tu walaupon mahal, saya akan pastikan anak-anak saya amik juga pneumococcol injection ni. Bukan apa, risau.. skang ni lagi la macam macam penyakit. Da banyak pulak kes kanak-kanak mati sebab pneumococcus bacteria. Mati memang ditentukan oleh Allah. Saya as manusia, mencuba dan usaha yang terbaik buat anak-anak saya. 

selamat malam. Assalamualaikum.😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...