Tuesday 16 February 2016

Trip to Krabi by car ~ Part I

Plan nak ke krabi ni dah lame, cume baru2 ni je plan kitorang menjadi. Tu pon atas desakan dari anak bujang kecik kitorang yang beria2 sangat ajak g krabi. Dan the best part is, we are driving to there! Not really proper plan. Mendadak gakla.. But its work! *senyum sampai telinga*

Sehari sebelum pergi, saya baru perasan passport abg Qays dah nak mati lagi sebulan. So, kitorg decide nak gerak sabtu 19hb, tido kat alor setar. Saya dah google siap2, kat mane nak buat pasport and dah cari hotel mane yang dekat dengan imigresen. Saya baca review dari beberapa blog pasal geran kete. Mula2 konfiden je, takyah geran asal, tapi bila terbaca satu dua blog kate nak geran asal, saya dah jadi was2.. Jadinya, gamble je, pegi dgn bawa salinan geran sahaja.. Tak dapat masuk, kitorang dah buat backup plan, nak lepak penang je.. Hahahha...

Pagi pagi bangun, breakfast, buat passport, terus gerak g sempadan. Nak masuk thailand bawa kete ni sebenarnye simple je.. Cume nak kene ada, 

1. Passport setiap orang, ofcosla kan..
2. Salinan geran kete. Takyah bawa yg original pon takpe. Takdehal pon.
3. Insurans kete. Kat tepi tepi jalan before sempadan tu jupela signboard buat insurans, berenti jela. Siap bole upah diorg tuliskan lagi, satu form rm2.. Bukan free tau! 

Ni kedai untuk buat insurans
Sebelah Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun
4. Kalo kete yang kita bawa tu bukan atas nama kita, kita kene buat surat kebenaran menggunakan kereta penama dan sign. Diorang nak surat tu. Kalo kita punye kete, nama kita, requirement no 4 ni, dah tak yah pk dah.. 
5. Isi minyak full tank please. Minyak kat thailand mahal. 
6. Install waze. Sgt membantu.. Sangat sangat.. 😍

Kitorang masuk lalu bukit kayu hitam which is mak aiiihh, sesak sangat. Dengan anak anak 3 orang, saya cukup risau nak biarkan anak anak tampa pengawasan. Pegang la anak setiap masa. Yang dah besar, make sure dia jalan depan kita. Senang nak pantau. Nak beratur tu pon cukup panjang. Mula mula beratur untuk cop passport. Pastu kalo bawa kete kene pegi satu lagi kaunter utk bawa masuk lete. Not too complicated, alhamdulillah dipermudahkan. Sedia jela duit. Saya terbaca jugak a few blog kate, kene letak duit singgit dalam passport, tapi kitorg tak letak pon, and syukur takde isu ape pon.. Yang sebenarnye, kitorang tak tau pasal tu. Kalo tau, mungkin dah selitkan juga singgit setiap passport. Alaa, singgit je ponkan.. Kira sedekahla tu. 😉

Disebabkan saya memang dah biasa gune waze, jadinye, masuk je Sadao, asben terus gi cari kedai nak beli simkad.. Untuk kegunaan sepanjang kat thailand. Tapi macam biasala, sape yang penah guna waze taula kelemahan waze ni. Dia bagi jalan yang kita nampak macam tak masuk akal, tapi atlast, kita sampai gak destinasi. Tapi, dah rasa mcm, kita sesat ni *ulang 10x*, tapi end up, sampai gak.. Stress makkk... 

So, perjalanan kitorang dari Sadao, terus ke Hatyai makan masa sejam lebih gak dan kitorang decide nak berenti makan, pusing2 kat Hatyai. 2,3 jam jugak kat Hatyai. Ape yang saya suke kat situ adalah fruits!! Mangga muda dia so yummy! Crunchy and fresh gile.. Nak makan tu, kitorg makan kat kedai kelantan di tengah banda Hatyai. Parking merata jugakla.. Nasib tak kene clamp. Hihi.. dan the worst is, saya tak teringat nak amik gamba pon kat hatyai. my bad!

Dari Hatyai pon dah kul 6, kitorang teruskan perjalanan. Perjalanan sepatutnye ambil masa 4,5 jam sahaja, tetapi disebabkan banyak menyinggah, tu yang jadi lambat. Bawa anak anak ni, memang takleh nak expect kita bole jalan straight tak berenti. Kang sorang nak kencing, sorang nak minum, sorang sakit pinggang. Haha.. Sabo jela anak oiii... 7e banyak gak sepanjang perjalanan, so, oklaaa...

Perjalanan kitorang adalah dari Hatyai - Patthalung - Trang - Krabi dan last sekali adalah destinasi percutian, Aonang Beach.. tapi, kitorang sampai je dah pukul 10malam waktu Malaysia, jadi, kitorang tak terus gi Aonang, kitorang pegi pekan krabi dulu. kononnye nak tido kat hotel yang orang dok viralkan tu, Krabi Front Bay Resort, tapi family room dah takde. kecewa jugakla..kitorang ni bila berjalan memane, nak kene consider anak 3 orang, sbb tu kene cari bilik besar. depan hotel tu, ada satu seafood restaurant which is recommended kalo nak makan. Sebab sedap... Hihi.. kitorang makan dulu kat situ before cari hotel lain.

pusing2 ronda Krabi town, dah dua tiga hotel masuk, bilik besar takde, last sekali kitorang pegi hotel ni, The White Pearl Hotel. kebetulan ada pulak bilik yg ada 2 katil queen, pastu dah nak kul 1 pulak, so, kitorang decide untuk stay kat situ, untuk malam pertama di Krabi. Memang dah selalu buat perangai gini, suke walk in je hotel kalo baru 1st time pegi mane2 tempat.. Konfiden je ada available room kan.. Kalo takde, naya.. Haha.. Tapikan, so far, tak penah pulakla takde.. Krabi tu melambakla hotel. Takyahla risau takde bilik.. 😉
White Pearl Hotel, Krabi Town
untuk hari yang seterusnye, saya share dalam Krabi by car Part II pulak ye.. semoga post ni membantu anda yang nak keKrabi dengan kereta.. Selamat memandu. daaaaaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...