Wednesday, 1 July 2015

Resepi kuih muih di bulan Ramadhan

Puasa dah masuk hari ke 14. Dan tiap tiap hari jugak saya gigih buat kuih untuk buka puasa.. Untuk anak anak.. Seronok bila tengok anak anak makan.. Siap puji puji lagi.. Hahah.. Harusla kembang, anak puji mama masak kottt... 

Okeh, meh saya nak sharekan kuih yang saya buat. 
- puding jagung
- karipap sardin ( yang ni memang saya impress.. Hahah.. Takyah beli.. Sedap! )
- buah melaka
- agar agar santan
- santan durian
- pisang goreng
- sukun goreng
- jemput jemput pisang

Walaupon sume 1st try, ada yg ok, ada yang tak.. Almaklumla bulan puasa, tak dapat rasa.. Kurang manisla, kurang rasala.. Tp puas hatila sebab sume 1st time buatkan... Yang paling anak anak saya suke, pisang goreng, karipap... Siap request karipap kosong.. Karipap taknak inti.. Goreng 15, 10 yg kosong.. Hahah... Layankanla.. Budak kecik puasa...sian pulak..

Harini saya nak share resepi puding jagung.. Puding jagung pon senang jugak.. Nak sedap, extra jagung manis.. Mmg nyummeh! Ok, meh tengok  resepi kat bawah ni.

1 tin jagung manis, tapi saya gune 1 1/2 tin. 
1 tin tepung custard ( guna tin jagung tadi )
3/4 tin gula pasir
3 tin air
1 1/2 tin susu cair

Campurkan semua, kacau atas dapur dengan api sederhana, kacau sampai pekat dan berkilat. Kacau dan kacau. Dah siap, letak dalam loyang, sejukkan. Pastu masukkan dalam fridge. Dah nak berbuka, baru kuarkan, potong.. Sedap..nak lagi sedap, makan dgn cocktail.. Kat uma saya memang ada je stok buah dalam tin tu. bila nak makan, senang.

Haaaa, bolela nak try. Gamba tak ambil pulak. Saya ni bukan jenis yang suke nak ambil ambil gambo.. Sonye, takdela gambo puding jagung saya.. Tapi memang sedap! 😍❤️

Selamat berpuasa! 

Tuesday, 5 May 2015

Tips Mengajar Anak Tidur Awal

'Kita yg atur anak, bukan anak yang atur kita'

Sungguh, saya tak mungkin lupa ayat ini. Mak ayah saya penah pesan pada saya masa mula mula saya ada anak. Mak kata, kita yang aturkan tidur dia, makan dia, pakai dia.. Bukan dia yang atur kita.. Bukan kita yang kene ikut cakap dia.. Saya memang garang dengan anak-anak.. Sampai sekarang.. Tapi ape yang saya nampak, anak saya akan masuk tidur by 10pm. Saya memang ajar dari kecik tidur pukul 10 malam.. Bukan 11, bukan 10.30 dan even bukan 10.05 pon. Tapi pukul 10.00 malam or lebih awal..

Anak anak yang nak membesar ni memang perlukan tidur yang cukup untuk tumbesaran mereka. Bole bezakan la bila tidur lambat dengan cepat. Lagi lagi bila time ramai2.. Balik kampung ke, orang datang umah ke. Nak suh tidur awal pon kesian. Sekali sekala orang datang umah, ramai ramai, kan.. Tapi, tengokla esok, bangun lambat, or kalo bangun awal pon, mood tak ceria. Crancky. Meragam sampai petang.. Tu yang saya paling tak suka. 

Cara nak bagi anak anak tidur awal ;

1. Jangan bagi diorang tidur petang. Or bole tidur tengahari, sekejap. 

2. Ajak dia buat aktiviti, biar dia cepat penat. Malam, memangla tidur awal.

3. 9.30 da bole buatkan susu dan suruh masuk bilik. Ni adalah 1st step. Tak kirala diorg blom ngantuk pon, suruh je masuk bilik dan baring. Percayalah, dalam 30minit or kurang, anak anak mesti tidur.

4. Bagi anak makan seawal mungkin. Pukul 8 probably... Lagi awal lagi bagus. 

Tapikan byk mane skali pon tips yang ada, yang paling berkesan adalah, mama kene jadi HARIMAU!! Hihihi... Bila mama garang dan konsisten, anak sure akan ikut rules mama.. Btol ni.. Tak caye, cubalah!! 😉

Sunday, 1 March 2015

PROMO Sebelum GST

Promo ESP datang lagi. Kali ni dengan Zinc dan Vitalea for Kids. Promo yang sama Buy 6 FREE 1 dan untuk Zinc dan Vitalea for Kids pulak Buy 3 FREE 1. Lebih menjimatkan. Lagi-lagi nak menghadapi GST April nanti. Harga barang pon naik juga yee... Dan sebab tu jugakla, kalo nak beli, bolela nak beli sikit-sikit sekarang. 

Geng Promo Bulan 3

Apa keistimewaan ESP, Zinc dan Vitalea for kids ni? Meh kita tgk secara ringkas setiap satu. 

ESP

- Awet muda. Asid amino memang penting utk otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan macam2 lagi. Kalo begitu, kita amikla selalu. Iakan kunci kepada awet muda.
- Baik untuk hormon. Kacang soya kaya dgn isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. 
- Baik untuk prostat. Genisitin dalam soya terbukti mampu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sgt baik dalam pemulihan dan pembesaran prostat.
- Kulit remaja. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan kepejalan otot dan mengurangkan parut.
- Pembekal tenaga. Membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun.
- Membaiki pigmentasi. Membaiki Masalah rambut, masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
- Membaiki memori. Meningkatkan kualiti memori, dorongan seksual dan rangsangan.

Zinc

- Membentuk kolagen. Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
- Memperbaiki Diabetes. Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin.
- Bintik Putih dikuku. Bintik putih dikuku adalah tanda yang tidak baik. So, zinc ni penting tauuu...
- Mempertingkatkan sistem imun. Membantu pengeluaran kelenjar Thymus. Kelenjar ni mempertingkatkan sistem imun dengan mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
- Mempercepatkan Pemulihan Luka. Mempercepatkan pemulihan luka dalam dan luaran, luka lepas pembedahan. Bole hancurkan zinc dan tabur keatas luka untuk cepatkan pemulihan luka.
- Memperbaiki masalah prostat. Melindungi kesihatan prostat.
- Kemampuan Seks Lelaki. Pengambilan jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki. Zinc adalah khazanah lelaki. haa gituuu... hihi
- Ovulasi wanita. wanita perlukan zinc utk ovulasi. 
- Memperbaiki radang kulit. kajian menunjukkan pengambilan zinc 4-8 tablet akan baiki radang kulit. Contoh akne dan jerawat.

Vitalea for Kids

- all i can say is sedap, sedap, sedap. Mama pon over uolls... ini adalah multivitamin untuk kanak-kanak.

MamaQ disini.. 0 1 9 6 0 9 0 8 7 0

Turun 8kg dalam 100hari?

Perempuan ni obses kat berat badan. memangla tak semua, tapi majoriti la. dalam 10 orang pompuan, sorang je yang relaks2.. yang lain, baru naik sekilo da macam nak kene makan harimau.. hahah... 


kalo camni, okla.. memang comel.

yang ni pon sama, sekilo je kot naik, kan?
nampakkan obsesnye tu. saya ni takla obses sangat, tapi bolelaaa.. haha. Berat asal saya, adalah 60kg. after deliver anak no 3, saya memang sangat suke makan. kebetulan dengan keje as lecturer ni memang banyak hal yang kita kene face. hal student especially.. dan yang paling worst sampai increase 14kg. saya ni pulak selagi orang tak tegur, memang soooo relaks.. sampai en asben da tegur, baru la gedik nak sentap2... haha.. 

jadinye, saya pon berazam nak turunkan berat. nak tau ape saya buat?

1. saya tak makan nasi. tapi saya still makan bihun sume tula.. nak ikut diet atkins, sy macam tak mampu. at 1st, memang suffer. saya ni melayu tulen, memang suke nasi. tapi, nak kurangkan berat badan, kene kuat ye.. itu rules dia. KUAT SEMANGAT.

2. saya exercise. susah woo nak exercise dengan kekangan masa. tapi exercise dalam bilik je. ikut suke. carila exercise yang bersesuaian. kalo ada masa, bolela g gym. saya ni pegi gym pon skali skala. soo membazir, bayar tapi tak pegi. *jgn gitau asben sy tau.. hihi*

3. minuman wajib saya tiap hari adalah ini.


Cinch Tea + Tropicana Sugar + Lemon
Saya penah je buat bende yang sama without Cinch Tea Mix, tapi tak berkesan pon. setakat turun 2,3kg je. Cinch Tea Mix ni saya minum waktu pagi untuk breakfast. saya capurkan Lemon nak bagi dia rasa masam. *saya memang suke masam*. Tapi bila saya amik tea ni, saya dapat more benefit. saya da pernah ceritakan berkenaan Cinch Tea Mix ni dalam entry Kuruskan Badan Dengan Sihat


perbezaan yang saya dapat bila minum Cinch Tea Mix ni adalah; 

- Saya lebih bertenaga dan tak cepat letih. its fact. kebetulan ada netball tournament kat tempat saya mengajar.. da umur camni, main netball pon, saya masih lagi blom nak 'minta nyawa'.. 

- cepat berpeluh, which is function Cinch Tea ni pon untuk meningkatkan metabolisma badan. 

- Makan, berak, makan, berak.. hahha.. kasar kot bahasa kamu MamaQ.. takla, memang btol pon. which is saya suke. takla simpan lame2 dalam perut. kan? ni pon same kes, meningkatkan metabolisma badan.

- takdela saya minum coffee tiap pagi, sebab saya ada ad pengganti. ^_____^

Dalam masa 100 ari, saya dapat turunkan berat badan saya sebanyak 8kg, dari 74kg, jadila 64kg. memang nampak banyak sangat beza walaupon 8kg. Walaupon cuma 8kg, badan saya nampak lebih fit. tapi bukan semata-mata Cinch Tea je sebenarnye. Untuk build otot, saya pastikan juga, saya amik Cinch Shake Mix.  

Asas kepada nak kurangkan berat badan ni, adalah konsisten, kuat semangat, takde alasan. Kalo tak, memang tak jalan. serius. saya bukan baru 1st time try nak kurangkan berat.. da banyak kali. 

*saya lebih suka gunakan term "kurangkan berat badan" dari term "kuruskan badan". nak kurangkan berat badan, tak semestinya nak kuruskan? *

Saya MamaQ disini. 0 1 9 6 0 9 0 8 7 0.

Saturday, 28 February 2015

Mengatasi Sembelit Semasa Pantang

Sembelit masa pantang memang normal. lagi-lagi kalo kita memang takde pengalaman langsung, maksudnya baru anak 1st la.. Tapi sebenarnya ada cara yang kita bole guna pakai untuk atasi sembelit ni. 

Masa anak 1st, saya memang mengalami sembelit yang sangat kronik. even saya memang selalu sembelit pon tapi masa pantang ni lagila kronik. Sebelum ni, which is masa anak 1st, saya gune ubat ni,
Ini ubat sembelit
Tapi, sebenarnye gune ubat ni tak membantu pon,even sangat tak membantu..lagi suffer adala.. Haha.. Ubat ni menggalakkan rasa nak buang air, tapi najis tetap keras.. So, can u imagine? Dala tengah berpantang.. Jahitan memang ofcosla blom baik lagi, baru 4,5 ari bersalin. Rasa nak pengsan pon ada.. Sumpah taknak da pakai ubat tu lagi..😅

Start anak kedua, saya da tak sembelit lagi? Sebabnye, saya da mula kenal ni..

Ostematrix
Ostematrix ni adalah kalsium Shaklee. Ia diformulakan dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. kenapa Ostematrix ini diformulasikan camni? sebabnya keseluruhan nutrien ni perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan dapat menghalang endapan sesetengah mineral. Kalo buat asing2, jenh nak makan berbiji-biji supplemen dalam 1 masa, kan?

Apa pulak kaitan Ostematrix ni dengan sembelit? saya mula-mula dulu pon konpius gak.. haha.. tak pasal-pasal, kan? jom kita tengok.

Manfaat Ostematrix @ Kalsium Shaklee :


1. Menguatkan tulang - ia adalah kalsium dan ofcos, tugas utama adalah utk menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf. 

Haa, saya nak share 1 cerita. kawan saya ni patah tangan.  Doktor yang rawat dia kate, tangan dia sembuh lebih cepat dari keadaan patah yang biasa. sgtla suprise. doktor tu tanye dia, dia ada amik any kalsium ke tak.. dan jawapan dia memang yela, sebab dia pon memang pengguna tegar shaklee. takla kita nak cakap baik sebab Ostematrix ni, but its good la baik cepat kan.. lagipon, no harm kot kalo makan pon.. hihi.. 

2.  Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tido dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi even artritis.

itu yang kalo pregnant takleh tinggal Ostematrix ni. kalo tak, sure cramp malam-malam. so far so good, bole la nak compare, anak 1st, 2nd, tak kenal lagi Oste ni.. bila makan masa anak 3rd, memang feel soooo good la.. 

3. Meringankan stress - mengimbangi tekanan darah. memelihara denyutan jantung. penenang saraf. menggalakkan tidur selesa. memperbaiki jantung berdebar. Gementar. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

nak tido yang berkualiti, amikla 4 biji Oste ni b4 tido.. tak caye, bole bezakan.. amik dan tak amik..

4. memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan pengambilan 100mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil. 

1000mg tu bersamaan dengan 4 biji. ni dia punya count.

1 table  = 250mg kalsium = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

daya ke nak makan 80 x 4 biji badam sehari? hikhik... ni cume contoh je..

5. memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik 

memudahkan rembesan kuar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kasium dan melarutkan batu karang. ok, saya senang berak. saya da tak sembelit. weee...

Walaupon makan ostematrix, saya tetap amik air yang banyak.. sebenarnye tubuh kita ni perlukan air 3 liter sehari walau ape sebab sekali pon. sekali gus, untuk menghasilkan kulit yang sihat dan melembutkan najis. 

MamaQ disini. 0 1 9 6 0 9 0 8 7 0.. 




Thursday, 26 February 2015

Cara Mudah Menghilangkan Jeragat Hodoh Di Muka

Jeragat memang normal. tapi kalo da banyak sangat, memang nampak hodoh. lagi-lagi kalo kulit putih. Berdasarkan kajian, jeragat ni biasa kepada orang Asia, Malaysia tak terkecuali dan menyerang di bahagian pipi. Perempuan lebih kerap terdedah kepada jeragat dgn nisbah 12:1 dari lelaki.

Antara sebab-sebab Jeragat berkampung kat muka

1. Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
2. penggunaan hormon, cthnya pil perancang
3. Penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit
4. Keturunan

Saya pon tak terkecuali dari masalah jeragat. Mungkin sebab keturunan (agaknyala) sebab saya tengok mak saya pon ada masalah yang sama.. nenek saya jugak.. haha.. jeragat bukanla satu masalah yang besar kalo jeragat tu ada sikit-sikit. tapi akan jadi masalah besar kalo jeragat macam ni.

Jeragat yang hodoh dimuka
Sebenarnye sekarang ni da banyak sangat produk yang mampu memudarkan jeragat kat wajah. Antaranya penggunaan Vitamin E. Mari kita fokus pada Vitamin E Shaklee. Vita E shaklee ni dibuat dari minyak soya dan minyak biji gandum yang diekstrak dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E dan setakat ni, ia adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Cara makan vita E

Sebiji je sehari. saya biasa makan malam, after dinner. ^__^

Tengokla customer saya ni.. Happynye dia dengan perubahan kulit muka dia. Dia hepi, saya lagila hepi.. 


Bestkan? lagi-lagi bila asben puji.. hhihi... 

Saya MamaQ, trusted SID anda. 0196090870. COD Bangi, Putrajaya, Kajang, Serdang, Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat.

Tuesday, 24 February 2015

Cara makan Collagen Shaklee : Tips

Kolagen ni elok amik waktu pagi or malam. sebabnye, pagi ni adalah masa yang paling baik untuk penyerapan nutrien dalam badan. dan malam pulak adalah masa utk repairing. Pengambilan yang berterusan akan menunjukkan hasil yang sgt memberangsangkan. Ada yang seawal 3 minggu. tapi Shaklee memang da declare awal2, paling awal biasanya 8 minggu, berdasarkan research yang diorang da buat.

nak makan pagi ke malam memang mudah, tapi mampu ke nak telan camtu je? secara jujurnya, saya memang tak mampu. lagi lagi untuk orang yang liat nak makan supplemen bancuh2 macam saya ni.. kalo pil, bagi sekotak pon saya bole telan.. so, saya pelbagaikan cara. saya amik collagen waktu pagi. sebab malam saya allocate untuk vita c, vita e dan oste.


Cara saya makan Collagen Shaklee; 

1. setiap pagi, saya akan bancuh kolagen dengan sunquick. nape sunquick? sebab rasa sunquick yang masam tu bole tenggelamkan rasa kolagen.
2. kalo da boring, saya selang2kan dengan bancuhan kolagen, Cinch tea dan lemon. dan rasanya memang sgt mabelesla.. tak cukup sekali shake. kene letak lemon, pon sebab nak hilangkan rasa kolagen tadi.
3. kadang2 bila ari cuti, saya suke campurkan collagen dalam makanan saya. nasi goreng ke, mee goreng ke. memang obvious la, takde rasa langsung. especially kalo makanan yang berkuah, contohnye, mee hailam. bole refer kat entry sy sblm ni, mee hailam collagen
3. bole jugak kalo nak blend dengan kurma or any fruit. nak buat juice. 
4. kalo nak g makan tu, bawa je satu sachet, bancuh je dalam air. 


Collagen + Cinch Tea + Lemon
tapi as for saya, saya memang prefer dengan air yang masam, sebab rasa kolagen tu hilang. kalo tak, saya tak lalu.. hihi..

so, bolela kalo nak cuba beberapa cara yang saya guna ni. BEAUTY IS PAIN. ^____^

Kelebihan Kolagen : Shaklee Collagen Powder

Sinonim sangat rasa kolagen dan rasa hanyir. adakah itu mitos atau pon realiti? Secara hakikatnya,  kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, kolagen memang ada dalam badan kita tetapi semakin kurang dihasilkan sejajar dengan pertambahan usia. tapi sebenarnya usmur bukanla faktor utama kekurangan kolagen dalam badan kita, tetapi, ia lebih disebabkan faktor luaran. Cahaya matahari, Radikal bebas, Merokok dan lain lain lagi.  

Shaklee Collagen Powder adalah sejenis kolagen tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. Ia sangat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Sebelum kita mengetahui kelebihan kolagen ni, kita tengok dulu punca kepada kebaikannya. 

Apakah ramuan utama dan fungsinya?

1. Kolagen dari sisik Ikan Merah 
    - sisik ikan merah adlah sumber kolagen yg premium sebab, kurang pencemara dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan.

    - Camellia Japonica ni adalah adalah spesis bunga rose. Biji dari bunga rose ini adalah sebagai bahan utama dalam penghasilan kolagen. Ini adalah kerana ia terdiri dari asid oleik, satu omelien dan pelembap kulit yg hebat dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mengurangkan radikal bebas.

Camellia Japonica
3. Ekstrak Pfaffia
    - sejenis ginseng, yang apabila digabungkan dengan biji Camellia japonica, ia membantu memformulasikan kolagen dan asid hyaluronic. Acid hyaluronic ini memainkan peranan penting dalam menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari kolagen ikan
    - Elastin ini berfungsi memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberi reaksi melantun apabila ditarik. 

5. Vita c dan Vita B
    - Vita C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. 
    - Vita B pula diperlukan dalam metabolisma karbo, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

6. Ekstrak kekerang
   - Glucosamine adalah penting didalam sintesis cecair synivial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

    - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Shaklee Collagen Powder

Seterusnya, kita tengok kelebihan Shaklee Collagen Powder ini.

* mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut kedut akibat penuaan. tapi orang yang muda pon ramai je yang da mula berkedut. 

* membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula,

* kuku akan jadi lebih sihat. 

* Kulit akan kurang kering, elastisiti bertambah baik, kulit akan cepat sembuh sekaligus mengurangkan parut2.

* membantu menguatkan tulang. kolagen ni sama je pentingnya dengan kalsium.

* mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi sendi. tengokla dalam bahan-bahan utama shaklee collagen ni. 

* baik untuk mata. kornea perlu kolagen utk membantu otot mata supaya tetap anjal.

secara dasarnya, kolagen memang membantu mengurangkan kesan kesan penuaan. tetapi manfaat yang diperoleh dengan Shaklee Collagen Powder ini adalah lebih baik. 

Masa penggunaan :

Pagi adalah masa yang paling baik untuk penyerapan nutrien dalam badan
Malam pula adalah masa pembaikan sel sel dan tisu dalam badan.

kedua-dua masa ini adalah masa terbaik untuk meminum collagen untuk mendapatkan result yang maksimum.

Selamat mencuba.


Trip to Sentosa Island : Shangri-La & Concorde

Short vacation ke Singapore, purposely nak ke USS pada 8/8/14 - 11/8/14 adalah unplanned vacation. bila unplanned, booking hotel pon last minit, tu pon arap Agoda. dan kononnye nak ke USS, jadi kami pon cari hotel dalam Sentosa Island. 1st choice, for sure la Hard Rock Hotel Singapore, tapi malangnya, full house. Kami sebenarnye tak sedar yang tarikh 9/8/14 tu adalah Singapore Independence Day, dan tu jugakla sebenarnye reason kenapa hotel banyak yang fully booked kat Sentosa Island tu.

End up, Shangri-La Resort jadi pilihan. Location, so far strategik.. takla beria macam dalam hutan bagai tu. nak sesuaikan dengan bawa anak anak, kan. Dari KL pon kami amik flight je, nak drive jenuh pulak. naik bas, apatah lagi.. anak bukan sorang.. haha.. so, sepanjang beberapa ari kat Singapore tu, berjalan2 memang dengan teksi je. lagipon nak masuk ke Sentosa Island tu agak jauh jugakla which is memang kene gune teksi. agak limited teksi kat situ. 

Day 2, kami masuk ke USS, tapi tu pon skejap je. disebabkan Singapore independence day tadi, jadinye Singapore tengah public holiday.. soo crowded dan kami tak larat nak beratur menunggu lame2.. dapatla pusing2 amik gamba, posing2 anak beranak. abg Qays pon tak enjoy with the games. dia enjoy dengan all cartoon character yang ada dalam tu je. Sourvenir jgn cite la, sume nak disambarnye. tapi insyaallah, next time, ada rezki, kita pegi lagi ye.

Disebabkan saya ni memang tak suka nak ambil gamba sangat, (lupa biasanya), jadinye, ini adalah ihsan dari en Google. (TQ en Google)

Lobby Hotel
Signage Shangri-La Sentosa Island
Dari Shangri-La nak ke USS pon takla jauh mane.. Tapi nak jalan tu, berpeluh gakla ketiak... Ada bus service, FOC lagi.. naik jela.. for this hotel, best tu, memang sangat best, tapi yang tak bestnye, in term of food. saya memang sangat ragu ragu nak makan, apatah lagi nak bagi anak makan. mane taknye, ye yela dok bau sedap punye porridge, tak tengok2 dulu label, upenye porridge sihidung merah. tak ke haru.. rasa nak korek idung dalam2.. nak bagi ape kuar pon tak tau.. huhu.. sudahnye, kami cari makan kat singapore town.

After da 2 ari kat Shangri-La, tu pon sebab da terbooked denga Agoda 2 ari, kami check out pada 10/8/14. destinasi seterusnye adalah Concorde hotel. purposely pilih kat sini sebab dekat dengan banyak bende. Bila da dok hotel ni, rasa menyesal pulak dok Sentosa Island. baik dok je hotel kat singapore town. murah berganda2 dan not bad jugak. dan yang lagi penting, dekat dengan town, nak g jalan shopping pon senang. nak cari makan pon senang.


Concorde Hotel Lobby
Flight balik kami ke KLIA adalah pada 11/8/14. Tak memuaskan hati sangat sebab tujuan asal memang nak ke USS. dan yang puas ati, abis satu Singapore kami pusing. :-)

Review saya tentang trip to Singapore ni :

1. if nak g USS pon, takyah dok hotel kat area Sentosa Island. Dala mahal, pastu takde ape pon Sentosa Island tu. sah2 memang kene gak g town. kos teksi lagi. and ramai yang sy jupe, orang Malaysia, stay kat JB dan diorg nak ke USS, naik bas. tapi tu memang bukan our choice la. leceh,

2. for yang ad kiddos, bawala bekalan makanan for kids.. contoh biskut ke, roti ke.. sebab kita tak tau hati kita ni rasa ragu2 tak nak bagi anak2 makan mknn kat hotel. sgt meragukan okkk.,.. banyak sgt *** meat. errkkk... atleast sementara nak tunggu kuar makan tu, adala something yang diorg bole makan. 

3. nak shopping pon kene hati2.. banyak je pon pig linen.. even takde tagged pon. tanye dulu baru pegang. 

4. yang ni saya suke, saya suke.. most of mall kat singapore ni ( kami pergi sume mall) except Mustafa, tandas diorg memang sgt frenly kids. even ada nursery room yang sgt complete dgn hot water, mineral water, wet tissue, tissue, dan ofcos sgt bersih. jadinye bila jalan2 kat mall, takla risau nak bancuh susu ke ape ke kan... (comparison ni saya buat utk Malaysia dgn Singapore ye, sebab saya pon tak penah lagi g luar dengan anak2).. baru 1st time ni bawa anak2 kuar. tu pon Singapore je haa.. *____^

4. kalo shopping, jangan lupa claim balik tax je.. banyak jugak tauu.. rugi tak claim.. 

perkongsian saya ni tak berapa menarik, tapi mungkin bole membantu sesape yang plan nak g short trip ke negara jiran kita ni.. :-)

SELAMAT BERCUTI..

Monday, 23 February 2015

Rahsia dahsyatnya doa : Master Checklist

Apakah rahsia doa? Kita dapat memahaminya apabila kita mengetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa. 

Antara manfaat doa adalah seperti berikut

1. Doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah.
2. Doa adalah intipati ibadah. Ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi.
3. Doa itu mulia disisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia.
4. Doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya.
5. Doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman.

Mungkin ada yang menganggap doa itu remeh, padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya. Apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa, segalanya menjadi mudah. Allah maha berkuasa. 

Amazingnya doa.


Sejak join Shaklee, barulah saya kenal dengan 'master checklist'. Checklist ini adalah senarai yang kita akan tick apabila kita selesai melakukannya. Word 'master' itu sendiri adalah merujuk kepada rank atau title tertinggi bagi sesuatu dan lebih tepat kalo saya katekan ia adalah sesuatu yang penting.. Dan master checklist ini adalah senarai yang saya akan ikut dan tick setiap hari supaya saya tak tertinggal satu pon yang da disenaraikan. 

Antara kandungan yang ada dalam checklist ini adalah terbahagi kepada 3, Usaha fizikal, Amalan rohani dan Amalan minda.

Di manakah letaknya doa? Adakah doa juga termasuk dalam master checklist ini? 

Jawapannya adalah PASTI! Doa yang spesifik. Itula antara yang terkandung dalam master checklist. Meminta mintala kepada Allah apa je yang kita nak, secara spesifik, Allah suka hambaNya yang meminta kepadaNya. Mintala byk mane pon, kerana jangan kita ragui kemampuan Allah untuk memberi..

Inilah kekuatan master checklist.. Bila diamalkan, banyak sgt miracle yang akan terjadi... Segalanya akan jadi mudah.. Order masuk bertalu2.. Mudah urusan kita seharian.. Kalo tak diamalkan, kita akan rasa bezanya. Bukan sekadar untuk bisnes kita, untuk makanan rohani juga.. Insyaallah.

Sunday, 22 February 2015

Kisah disebalik Ironman : Maria Awi

Iron Man? kenapa? Haaa, jangan tak tau, ini adalah homework kami. Jangan ingat jadi cikgu je bagi homework kat student, saya yg cikgu ni pon kene buat homework tau.. baru-baru ni, pada 17 Februari 2015, hari Selasa, saya dengan 9 orang lagi rakan-rakan shaklee (nama biasa denga, tapi baru 1st time jupe) mengikuti 1 kelas dibawah Neni Lyna dan Atok Zinul. 

Kami diminta menyenaraikan 3C kami dalam 1 kertas. Apa itu 3C?

1. Country - yang kita nak pegi sangattt
- Saya punye, saya tulis Mekah, Paris. da dapat gi Mekah, baru saya nak gi Paris. takde reason for Paris, tapi cam best je... 
2. Car - yang kita nak sangatttt
- Saya suke sangat dgn XC90 yang baru. Kat Malaysia tak kuar lagi. How i wish i could have 1.. (sambil terus berangan)
3. Character - yang kita suke
- Saya suke sangat dengan attitude, cara, kepimpinan Tun Mahathir Mohamad. Saya rasa ramai je agree dengan saya. 

Lepas da tulis, kami kene lipat kertas tu dan sebelum abis kelas, diagih2kan sorang satu, randomly. Dan sebab tula tajuk Iron Man ni kuar. Saya dapat kertas Maria Awi, ibu kepada 2orang anak yang sebelum ni bekerja di Sirim dan sekarang da menjadi WAHM dan memang da fulltime buat shaklee. Maria berasal dari Kemaman, Terengganu dan sekarang menetap di Nilai. Jom kita skodeng Maria jap.

Inilah Maria Awi
Haiish, kualiti gamba ipad mini ni memang teruk. Maaf ye Maria. Terlindung kecantikan kalo amik gamba gune ipad mini.. (oh, patutla saya selalu nampak kurang cantik dalam gamba.. salah ipad upenye) *______^

Dalam 3C Maria, saya tertarik dengan character yang Maria pilih. IRON MAN. Saya tak tanye Maria kenapa dia pilih character Iron Man, tapi saya rasa saya tau kenapa. Bole baca Iron Man Attitude. 'Ironman is about the attitude of never giving up'. Bersesuaian dengan cover photo dari facebook Maria, "I dont stop when i am tired.. I stop when i am done!".  Dan, itulah Maria Awi. 

Dari bekerja makan gaji, dia mencuba bidang perniagaan yang berbeza-beza. Macam2 dia kate dia jual. Dan akhirnya bertemu dan jatuh cinta dengan Shaklee. Aktif dengan shaklee sejak awal tahun 2013 sehingga sekarang. 

Nice phrase
Saya berdoa, semoga apa yang Maria impi dan hajatkan tercapai. Semoga Maria terus success dengan shaklee dan semoga ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan hingga keakhirnya. Insyaallah.


Last but not least, my new fren too. Tablemate masa kat kelas, Ainul Malik.. Nice to meet u Ainul.

Me and Ainul

Saturday, 21 February 2015

Pengedar Shaklee : Side Income?

Saya, MamaQ adalah trusted SID anda. tak percaya, cubela beli dengan saya. hihi.. Continously consultation tak kira masa. insyaallah, saya sedia membantu. Saya adalah pengedar dari Bangi dan Cash-on-delivery disekitar Putrajaya, Bangi, Kajang, Hulu Langat, Serdang dan Seri Kembangan. 


Ramai yang tengah cari side income diwaktu waktu camni. Mane taknya, dengan kenaikan harga barang, harga umah, macam2 lagila yang da tentu kita kene guna duit gaji kita.. kalo tak nak gune duit ape lagi, ye tak? weekk... Saya pon pada mulanya join sebab nak beli vitamin murah untuk makan sendiri.. Masa tu saya tgh makan set breastfeed, anak no 2.. sebulan lepas daftar, saya jadi jatuh cinta.. nak tau tak sebab ape?

1. sebab saya da rasa keberkesanan set breastfeed tadi.
2. sebab saya rasa saya akan lebih happy kalo dapat share dengan orang lain.
3. dan lebih happy lagi kalo orang lain happy.
4. sebab ia memberi saya income yang menarik.

ok, jadi, dibawah adalah a few bende yang semua kene tau. 

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda anda sume bole mendaftar, tapi kenela membuat pembayaran untuk registration fee, cume RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. keahlian adalah seumur hidup. Anda cuma perlu menghubungi saya. pendaftaran bole buat online je sekarang ni thru website shaklee2u. senang je, dihujung jari. 

Yuran keahlian Shaklee

Macam cara yang pertama tadi, pendaftaran ialah RM65 (kalo anda nak gi branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit kalo anda nak diorang pos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Biasanya yang jadi join ahli ni bayar RM75 terus. sebab nak senang.. tapi ada jugak yang nak amik sendiri sebab nak amik aura Shaklee.. Murah bukan? dengan pulangan yang menarik, sure tak menyesal.

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Kalo sekiranya anda join sebab nak makan sendiri, share dengan sedara mara ke, anda tak perlu bimbang untuk maintain point. dan sekiranya anda seorang yang inginkan bisnes, anda akan tengok lebih dari sekadar maintain point sahaja. suprise, bukan? 

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Betullah tu.. Tak perlu maintain point atau ada pembelian. kalo nak bisnes, kenela maintain. normalla tu... ;-)

Apa nak buat jika anda dah daftar dengan orang lain tapi nak join di bawah saya?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. apa yang perlu, daftar semula macam masa mula-mula join dulu. bagi details, saya akan daftarkan.. sekarang ni sume pon online..

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

yang pasti dan paling penting, mestila pasal harga.  Harga yang anda dapat adalah harga ahli. Exclusive product are for exclusive people.. :-).. Bole contact saya untuk mengetahui Pricelist Shaklee. saya punye da lunyai. tapi no worries, saya ingat sume. ^____^

kalau jadi coordinator (saya la tu..hihi) ke atas, ada insentif, dapat pegi trip free 5 star, dapat duit kereta (saya da dapat), dapat elaun mcm2. tu je la. tak banyak pun dalam beberapa puluh ribu je. ;-)


Dengan menjadi ahli di bawah saya, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team terdekat kami.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya 019 - 6090870 atau email sysupermama@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Friday, 20 February 2015

Pneumococcol Vaksin : Bahaya Pneumonia

Pneuomoccol Vaksin ni sangat penting untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka lebih terdedah dengan ancaman kesihatan. kadang-kadang even kita jaga sangat pon, anak-anak ni tetap terdedah dengan ancaman-ancaman luar. bukan setakat ancaman bakteria, virus, juga ancaman manusia. Sebelum saya nak share experiences saya berkenaan Pneumococcol Injection ni, kita tengok dulu fakta yang kita PERLU tau.


Apa itu Pneumococcol Infection?

Pneumococcol infection adalah infection yang disebabkan oleh Streptococcus pneumonia. Ia bole merebak melalui batuk dan bersin dan boleh menyebabkan meningitis dan pneumonia (jangkitan paru-paru). kanak-kanak dibawah umur 5tahun lebih terdedah kepada risiko ini. 

Simptom simptom pneumonia adalah:-

- demam dan sejuk yang menggeletar (shaking), 
- as well as sakit dada, 
- batuk berpanjangan, 
- kesukaran bernafas dan lemah. 
- boleh juga mengakibatkan muntah atau sakit kepala. 

Kenapa perlu Pneumococcol Injection?

Vaksin ini adalah selamat dan efektif untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan kebawah. Setakat ini, ada 2 jenis vaksin pneumococcol iaitu PCV13 dan PPSV23. Secara ringkasnya, 1 untuk infant dan kanak-kanak, 1 lagi untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Apa itu PCV13 dan PPSV23, bole refer di SINI

Terdapat lebih 90 jenis bakteria pneumococcol. PCV13 adalah bertujuan untuk mengawal 13 jenis bakteria yang biasanya menyerang kanak-kanak. dos yang dicadangkan adalah 4 siri, iaitu pada usia 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan diantara 12-15 bulan. Kalo anak kita da lebih dari 12 bulan, dia maish ada peluang untuk dapatkan 1 dos iaitu dos yang terakhir. 

Pengalaman tak best dengan pneumonia

Apabila keadaan mendesak, baru kita berusaha mencari solution. Itula yang berlaku kat saya dulu. Anak saya, Muhammad Qays selalu sangat admitted sebab pneumonia. Paling awal masa umur dia 4bulan, dan berterusan sampailah umur dia 1tahun 2bulan. Masa tu pengetahuan saya pasal vaccination ni memang kurang. anak baru sorang, macam tak amik tau sangat. yang saya tau, vaccine biasa yang wajib amik tu je, dan yang free.

Bila dah kerap sangat tak sihat, kami susah hati jugak. yela, dok nursery, risiko nak terdedah pada penyakit tu lagi tinggi dari kita jaga anak sendiri. Pastu pulak, most of the time, saya jaga anak sorang2. Satu hari, masa nak bawa Qays gi klinik, husband saya ada terbaca satu artikel pasal pneumococcol vaksin ni dan kenapa perlunya kita amik untuk anak-anak kita. Jadinya, kami decide untuk amik tau lebih lanjut pasal vaksin ni. masa tu umur Qays da 1tahun lebih. Saya decide untuk call KPJ Kajang untuk jadual vaksin, dan Qays masih sempat untuk amik 1 dos, which is dos yang terakhir. 

Kami ke KPJ Kajang dan berjumpa Dr Asmuni. After da dapat advice sume, kami memang decide untuk amik 1 dos walaupon dos yang terakhir. Sebenarnya, memang bagus if kita dapat lengkapkan doa, tapi kalo da lambat macam anak saya ni pon takpe. Better late than never, kan? Kos satu dos vaksin kat KPJ masa tu which is tahun 2009 adalah RM200++ camtu. Murahla berbanding dengan hospital Annur kat Bangi ni. (Annur memang segala2nya mahal. Sebab dekat je saya pegi Annur, kalo tak, its really not my choice).😣

Alhamdulillah, its suprising us la bila dia sihat dan takde lagi admitted2 sebab pneumonia ni. just normal cough or flu which is normal pon untuk budak-budak dok nursery. Jadinya, anak2 yang seterusnya memang kami decide nak completekan 4 dos pneumococcol vaksin ni. 

Anak kedua saya, Muhammad Qaid, lahir-lahir je memang ada masalah sikit, bole refer di entry INI, dia dapat special attention dari beberapa pakar dan kebetulan masa tu saya memang tak bekerja, jadinya dia memang kurang terdedah kepada risiko batuk, selsema yang panjang. Based on experiences abg Qays dulu, kami memang da plan untuk dapatkan vaksin yang lengkap untuk Qaid walaupon saya full time jaga dia sampai umur dia dekat 2tahun lebih. So far so good, memang tak penah admit sebab pneumonia. Tapi 2,3 kali gakla admit sebab batuk lame sangat (blom tahap pneumonia).

Yang no 3 pon sama, Nur Qiyyama, dia pon dapat complete dos macam Qaid kat Klinik Pakar Kanak-kanak Annur. Satu dos RM300 untuk injection sahaja, Belum masuk consultation lagi. Tapi sebab dekat dan sebab saya suke dr Arbaiyah, saya pegi gakla walaupon mahal skit. Yaya @ Omey, walaupon lahir-lahir je dia, saya da keje, dan dia duduk kat nursery, blom penah lagi dia admitted atas sebab ape pon dan arapnya sampai bila-bila la camtu.. Skang umur dia da 1tahun 5bulan. Da 3 orang ni, saya dapatla bezakan keadaan anak2 yang amik dan tak amik. 

Sebab tu walaupon mahal, saya akan pastikan anak-anak saya amik juga pneumococcol injection ni. Bukan apa, risau.. skang ni lagi la macam macam penyakit. Da banyak pulak kes kanak-kanak mati sebab pneumococcus bacteria. Mati memang ditentukan oleh Allah. Saya as manusia, mencuba dan usaha yang terbaik buat anak-anak saya. 

selamat malam. Assalamualaikum.😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...