Monday 23 February 2015

Rahsia dahsyatnya doa : Master Checklist

Apakah rahsia doa? Kita dapat memahaminya apabila kita mengetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa. 

Antara manfaat doa adalah seperti berikut

1. Doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah.
2. Doa adalah intipati ibadah. Ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi.
3. Doa itu mulia disisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia.
4. Doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya.
5. Doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman.

Mungkin ada yang menganggap doa itu remeh, padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya. Apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa, segalanya menjadi mudah. Allah maha berkuasa. 

Amazingnya doa.


Sejak join Shaklee, barulah saya kenal dengan 'master checklist'. Checklist ini adalah senarai yang kita akan tick apabila kita selesai melakukannya. Word 'master' itu sendiri adalah merujuk kepada rank atau title tertinggi bagi sesuatu dan lebih tepat kalo saya katekan ia adalah sesuatu yang penting.. Dan master checklist ini adalah senarai yang saya akan ikut dan tick setiap hari supaya saya tak tertinggal satu pon yang da disenaraikan. 

Antara kandungan yang ada dalam checklist ini adalah terbahagi kepada 3, Usaha fizikal, Amalan rohani dan Amalan minda.

Di manakah letaknya doa? Adakah doa juga termasuk dalam master checklist ini? 

Jawapannya adalah PASTI! Doa yang spesifik. Itula antara yang terkandung dalam master checklist. Meminta mintala kepada Allah apa je yang kita nak, secara spesifik, Allah suka hambaNya yang meminta kepadaNya. Mintala byk mane pon, kerana jangan kita ragui kemampuan Allah untuk memberi..

Inilah kekuatan master checklist.. Bila diamalkan, banyak sgt miracle yang akan terjadi... Segalanya akan jadi mudah.. Order masuk bertalu2.. Mudah urusan kita seharian.. Kalo tak diamalkan, kita akan rasa bezanya. Bukan sekadar untuk bisnes kita, untuk makanan rohani juga.. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...