Saturday 28 February 2015

Mengatasi Sembelit Semasa Pantang

Sembelit masa pantang memang normal. lagi-lagi kalo kita memang takde pengalaman langsung, maksudnya baru anak 1st la.. Tapi sebenarnya ada cara yang kita bole guna pakai untuk atasi sembelit ni. 

Masa anak 1st, saya memang mengalami sembelit yang sangat kronik. even saya memang selalu sembelit pon tapi masa pantang ni lagila kronik. Sebelum ni, which is masa anak 1st, saya gune ubat ni,
Ini ubat sembelit
Tapi, sebenarnye gune ubat ni tak membantu pon,even sangat tak membantu..lagi suffer adala.. Haha.. Ubat ni menggalakkan rasa nak buang air, tapi najis tetap keras.. So, can u imagine? Dala tengah berpantang.. Jahitan memang ofcosla blom baik lagi, baru 4,5 ari bersalin. Rasa nak pengsan pon ada.. Sumpah taknak da pakai ubat tu lagi..😅

Start anak kedua, saya da tak sembelit lagi? Sebabnye, saya da mula kenal ni..

Ostematrix
Ostematrix ni adalah kalsium Shaklee. Ia diformulakan dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium,fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. kenapa Ostematrix ini diformulasikan camni? sebabnya keseluruhan nutrien ni perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan dapat menghalang endapan sesetengah mineral. Kalo buat asing2, jenh nak makan berbiji-biji supplemen dalam 1 masa, kan?

Apa pulak kaitan Ostematrix ni dengan sembelit? saya mula-mula dulu pon konpius gak.. haha.. tak pasal-pasal, kan? jom kita tengok.

Manfaat Ostematrix @ Kalsium Shaklee :


1. Menguatkan tulang - ia adalah kalsium dan ofcos, tugas utama adalah utk menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, tulang, gigi dan sistem saraf. 

Haa, saya nak share 1 cerita. kawan saya ni patah tangan.  Doktor yang rawat dia kate, tangan dia sembuh lebih cepat dari keadaan patah yang biasa. sgtla suprise. doktor tu tanye dia, dia ada amik any kalsium ke tak.. dan jawapan dia memang yela, sebab dia pon memang pengguna tegar shaklee. takla kita nak cakap baik sebab Ostematrix ni, but its good la baik cepat kan.. lagipon, no harm kot kalo makan pon.. hihi.. 

2.  Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tido dapat memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi even artritis.

itu yang kalo pregnant takleh tinggal Ostematrix ni. kalo tak, sure cramp malam-malam. so far so good, bole la nak compare, anak 1st, 2nd, tak kenal lagi Oste ni.. bila makan masa anak 3rd, memang feel soooo good la.. 

3. Meringankan stress - mengimbangi tekanan darah. memelihara denyutan jantung. penenang saraf. menggalakkan tidur selesa. memperbaiki jantung berdebar. Gementar. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

nak tido yang berkualiti, amikla 4 biji Oste ni b4 tido.. tak caye, bole bezakan.. amik dan tak amik..

4. memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan pengambilan 100mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil. 

1000mg tu bersamaan dengan 4 biji. ni dia punya count.

1 table  = 250mg kalsium = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

daya ke nak makan 80 x 4 biji badam sehari? hikhik... ni cume contoh je..

5. memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik 

memudahkan rembesan kuar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kasium dan melarutkan batu karang. ok, saya senang berak. saya da tak sembelit. weee...

Walaupon makan ostematrix, saya tetap amik air yang banyak.. sebenarnye tubuh kita ni perlukan air 3 liter sehari walau ape sebab sekali pon. sekali gus, untuk menghasilkan kulit yang sihat dan melembutkan najis. 

MamaQ disini. 0 1 9 6 0 9 0 8 7 0.. 




Thursday 26 February 2015

Cara Mudah Menghilangkan Jeragat Hodoh Di Muka

Jeragat memang normal. tapi kalo da banyak sangat, memang nampak hodoh. lagi-lagi kalo kulit putih. Berdasarkan kajian, jeragat ni biasa kepada orang Asia, Malaysia tak terkecuali dan menyerang di bahagian pipi. Perempuan lebih kerap terdedah kepada jeragat dgn nisbah 12:1 dari lelaki.

Antara sebab-sebab Jeragat berkampung kat muka

1. Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
2. penggunaan hormon, cthnya pil perancang
3. Penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit
4. Keturunan

Saya pon tak terkecuali dari masalah jeragat. Mungkin sebab keturunan (agaknyala) sebab saya tengok mak saya pon ada masalah yang sama.. nenek saya jugak.. haha.. jeragat bukanla satu masalah yang besar kalo jeragat tu ada sikit-sikit. tapi akan jadi masalah besar kalo jeragat macam ni.

Jeragat yang hodoh dimuka
Sebenarnye sekarang ni da banyak sangat produk yang mampu memudarkan jeragat kat wajah. Antaranya penggunaan Vitamin E. Mari kita fokus pada Vitamin E Shaklee. Vita E shaklee ni dibuat dari minyak soya dan minyak biji gandum yang diekstrak dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E dan setakat ni, ia adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

Cara makan vita E

Sebiji je sehari. saya biasa makan malam, after dinner. ^__^

Tengokla customer saya ni.. Happynye dia dengan perubahan kulit muka dia. Dia hepi, saya lagila hepi.. 


Bestkan? lagi-lagi bila asben puji.. hhihi... 

Saya MamaQ, trusted SID anda. 0196090870. COD Bangi, Putrajaya, Kajang, Serdang, Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat.

Tuesday 24 February 2015

Cara makan Collagen Shaklee : Tips

Kolagen ni elok amik waktu pagi or malam. sebabnye, pagi ni adalah masa yang paling baik untuk penyerapan nutrien dalam badan. dan malam pulak adalah masa utk repairing. Pengambilan yang berterusan akan menunjukkan hasil yang sgt memberangsangkan. Ada yang seawal 3 minggu. tapi Shaklee memang da declare awal2, paling awal biasanya 8 minggu, berdasarkan research yang diorang da buat.

nak makan pagi ke malam memang mudah, tapi mampu ke nak telan camtu je? secara jujurnya, saya memang tak mampu. lagi lagi untuk orang yang liat nak makan supplemen bancuh2 macam saya ni.. kalo pil, bagi sekotak pon saya bole telan.. so, saya pelbagaikan cara. saya amik collagen waktu pagi. sebab malam saya allocate untuk vita c, vita e dan oste.


Cara saya makan Collagen Shaklee; 

1. setiap pagi, saya akan bancuh kolagen dengan sunquick. nape sunquick? sebab rasa sunquick yang masam tu bole tenggelamkan rasa kolagen.
2. kalo da boring, saya selang2kan dengan bancuhan kolagen, Cinch tea dan lemon. dan rasanya memang sgt mabelesla.. tak cukup sekali shake. kene letak lemon, pon sebab nak hilangkan rasa kolagen tadi.
3. kadang2 bila ari cuti, saya suke campurkan collagen dalam makanan saya. nasi goreng ke, mee goreng ke. memang obvious la, takde rasa langsung. especially kalo makanan yang berkuah, contohnye, mee hailam. bole refer kat entry sy sblm ni, mee hailam collagen
3. bole jugak kalo nak blend dengan kurma or any fruit. nak buat juice. 
4. kalo nak g makan tu, bawa je satu sachet, bancuh je dalam air. 


Collagen + Cinch Tea + Lemon
tapi as for saya, saya memang prefer dengan air yang masam, sebab rasa kolagen tu hilang. kalo tak, saya tak lalu.. hihi..

so, bolela kalo nak cuba beberapa cara yang saya guna ni. BEAUTY IS PAIN. ^____^

Kelebihan Kolagen : Shaklee Collagen Powder

Sinonim sangat rasa kolagen dan rasa hanyir. adakah itu mitos atau pon realiti? Secara hakikatnya,  kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, kolagen memang ada dalam badan kita tetapi semakin kurang dihasilkan sejajar dengan pertambahan usia. tapi sebenarnya usmur bukanla faktor utama kekurangan kolagen dalam badan kita, tetapi, ia lebih disebabkan faktor luaran. Cahaya matahari, Radikal bebas, Merokok dan lain lain lagi.  

Shaklee Collagen Powder adalah sejenis kolagen tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. Ia sangat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Sebelum kita mengetahui kelebihan kolagen ni, kita tengok dulu punca kepada kebaikannya. 

Apakah ramuan utama dan fungsinya?

1. Kolagen dari sisik Ikan Merah 
    - sisik ikan merah adlah sumber kolagen yg premium sebab, kurang pencemara dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan.

    - Camellia Japonica ni adalah adalah spesis bunga rose. Biji dari bunga rose ini adalah sebagai bahan utama dalam penghasilan kolagen. Ini adalah kerana ia terdiri dari asid oleik, satu omelien dan pelembap kulit yg hebat dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mengurangkan radikal bebas.

Camellia Japonica
3. Ekstrak Pfaffia
    - sejenis ginseng, yang apabila digabungkan dengan biji Camellia japonica, ia membantu memformulasikan kolagen dan asid hyaluronic. Acid hyaluronic ini memainkan peranan penting dalam menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari kolagen ikan
    - Elastin ini berfungsi memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberi reaksi melantun apabila ditarik. 

5. Vita c dan Vita B
    - Vita C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. 
    - Vita B pula diperlukan dalam metabolisma karbo, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

6. Ekstrak kekerang
   - Glucosamine adalah penting didalam sintesis cecair synivial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

    - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Shaklee Collagen Powder

Seterusnya, kita tengok kelebihan Shaklee Collagen Powder ini.

* mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut kedut akibat penuaan. tapi orang yang muda pon ramai je yang da mula berkedut. 

* membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula,

* kuku akan jadi lebih sihat. 

* Kulit akan kurang kering, elastisiti bertambah baik, kulit akan cepat sembuh sekaligus mengurangkan parut2.

* membantu menguatkan tulang. kolagen ni sama je pentingnya dengan kalsium.

* mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi sendi. tengokla dalam bahan-bahan utama shaklee collagen ni. 

* baik untuk mata. kornea perlu kolagen utk membantu otot mata supaya tetap anjal.

secara dasarnya, kolagen memang membantu mengurangkan kesan kesan penuaan. tetapi manfaat yang diperoleh dengan Shaklee Collagen Powder ini adalah lebih baik. 

Masa penggunaan :

Pagi adalah masa yang paling baik untuk penyerapan nutrien dalam badan
Malam pula adalah masa pembaikan sel sel dan tisu dalam badan.

kedua-dua masa ini adalah masa terbaik untuk meminum collagen untuk mendapatkan result yang maksimum.

Selamat mencuba.


Trip to Sentosa Island : Shangri-La & Concorde

Short vacation ke Singapore, purposely nak ke USS pada 8/8/14 - 11/8/14 adalah unplanned vacation. bila unplanned, booking hotel pon last minit, tu pon arap Agoda. dan kononnye nak ke USS, jadi kami pon cari hotel dalam Sentosa Island. 1st choice, for sure la Hard Rock Hotel Singapore, tapi malangnya, full house. Kami sebenarnye tak sedar yang tarikh 9/8/14 tu adalah Singapore Independence Day, dan tu jugakla sebenarnye reason kenapa hotel banyak yang fully booked kat Sentosa Island tu.

End up, Shangri-La Resort jadi pilihan. Location, so far strategik.. takla beria macam dalam hutan bagai tu. nak sesuaikan dengan bawa anak anak, kan. Dari KL pon kami amik flight je, nak drive jenuh pulak. naik bas, apatah lagi.. anak bukan sorang.. haha.. so, sepanjang beberapa ari kat Singapore tu, berjalan2 memang dengan teksi je. lagipon nak masuk ke Sentosa Island tu agak jauh jugakla which is memang kene gune teksi. agak limited teksi kat situ. 

Day 2, kami masuk ke USS, tapi tu pon skejap je. disebabkan Singapore independence day tadi, jadinye Singapore tengah public holiday.. soo crowded dan kami tak larat nak beratur menunggu lame2.. dapatla pusing2 amik gamba, posing2 anak beranak. abg Qays pon tak enjoy with the games. dia enjoy dengan all cartoon character yang ada dalam tu je. Sourvenir jgn cite la, sume nak disambarnye. tapi insyaallah, next time, ada rezki, kita pegi lagi ye.

Disebabkan saya ni memang tak suka nak ambil gamba sangat, (lupa biasanya), jadinye, ini adalah ihsan dari en Google. (TQ en Google)

Lobby Hotel
Signage Shangri-La Sentosa Island
Dari Shangri-La nak ke USS pon takla jauh mane.. Tapi nak jalan tu, berpeluh gakla ketiak... Ada bus service, FOC lagi.. naik jela.. for this hotel, best tu, memang sangat best, tapi yang tak bestnye, in term of food. saya memang sangat ragu ragu nak makan, apatah lagi nak bagi anak makan. mane taknye, ye yela dok bau sedap punye porridge, tak tengok2 dulu label, upenye porridge sihidung merah. tak ke haru.. rasa nak korek idung dalam2.. nak bagi ape kuar pon tak tau.. huhu.. sudahnye, kami cari makan kat singapore town.

After da 2 ari kat Shangri-La, tu pon sebab da terbooked denga Agoda 2 ari, kami check out pada 10/8/14. destinasi seterusnye adalah Concorde hotel. purposely pilih kat sini sebab dekat dengan banyak bende. Bila da dok hotel ni, rasa menyesal pulak dok Sentosa Island. baik dok je hotel kat singapore town. murah berganda2 dan not bad jugak. dan yang lagi penting, dekat dengan town, nak g jalan shopping pon senang. nak cari makan pon senang.


Concorde Hotel Lobby
Flight balik kami ke KLIA adalah pada 11/8/14. Tak memuaskan hati sangat sebab tujuan asal memang nak ke USS. dan yang puas ati, abis satu Singapore kami pusing. :-)

Review saya tentang trip to Singapore ni :

1. if nak g USS pon, takyah dok hotel kat area Sentosa Island. Dala mahal, pastu takde ape pon Sentosa Island tu. sah2 memang kene gak g town. kos teksi lagi. and ramai yang sy jupe, orang Malaysia, stay kat JB dan diorg nak ke USS, naik bas. tapi tu memang bukan our choice la. leceh,

2. for yang ad kiddos, bawala bekalan makanan for kids.. contoh biskut ke, roti ke.. sebab kita tak tau hati kita ni rasa ragu2 tak nak bagi anak2 makan mknn kat hotel. sgt meragukan okkk.,.. banyak sgt *** meat. errkkk... atleast sementara nak tunggu kuar makan tu, adala something yang diorg bole makan. 

3. nak shopping pon kene hati2.. banyak je pon pig linen.. even takde tagged pon. tanye dulu baru pegang. 

4. yang ni saya suke, saya suke.. most of mall kat singapore ni ( kami pergi sume mall) except Mustafa, tandas diorg memang sgt frenly kids. even ada nursery room yang sgt complete dgn hot water, mineral water, wet tissue, tissue, dan ofcos sgt bersih. jadinye bila jalan2 kat mall, takla risau nak bancuh susu ke ape ke kan... (comparison ni saya buat utk Malaysia dgn Singapore ye, sebab saya pon tak penah lagi g luar dengan anak2).. baru 1st time ni bawa anak2 kuar. tu pon Singapore je haa.. *____^

4. kalo shopping, jangan lupa claim balik tax je.. banyak jugak tauu.. rugi tak claim.. 

perkongsian saya ni tak berapa menarik, tapi mungkin bole membantu sesape yang plan nak g short trip ke negara jiran kita ni.. :-)

SELAMAT BERCUTI..

Monday 23 February 2015

Rahsia dahsyatnya doa : Master Checklist

Apakah rahsia doa? Kita dapat memahaminya apabila kita mengetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa. 

Antara manfaat doa adalah seperti berikut

1. Doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah.
2. Doa adalah intipati ibadah. Ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi.
3. Doa itu mulia disisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia.
4. Doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya.
5. Doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman.

Mungkin ada yang menganggap doa itu remeh, padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya. Apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa, segalanya menjadi mudah. Allah maha berkuasa. 

Amazingnya doa.


Sejak join Shaklee, barulah saya kenal dengan 'master checklist'. Checklist ini adalah senarai yang kita akan tick apabila kita selesai melakukannya. Word 'master' itu sendiri adalah merujuk kepada rank atau title tertinggi bagi sesuatu dan lebih tepat kalo saya katekan ia adalah sesuatu yang penting.. Dan master checklist ini adalah senarai yang saya akan ikut dan tick setiap hari supaya saya tak tertinggal satu pon yang da disenaraikan. 

Antara kandungan yang ada dalam checklist ini adalah terbahagi kepada 3, Usaha fizikal, Amalan rohani dan Amalan minda.

Di manakah letaknya doa? Adakah doa juga termasuk dalam master checklist ini? 

Jawapannya adalah PASTI! Doa yang spesifik. Itula antara yang terkandung dalam master checklist. Meminta mintala kepada Allah apa je yang kita nak, secara spesifik, Allah suka hambaNya yang meminta kepadaNya. Mintala byk mane pon, kerana jangan kita ragui kemampuan Allah untuk memberi..

Inilah kekuatan master checklist.. Bila diamalkan, banyak sgt miracle yang akan terjadi... Segalanya akan jadi mudah.. Order masuk bertalu2.. Mudah urusan kita seharian.. Kalo tak diamalkan, kita akan rasa bezanya. Bukan sekadar untuk bisnes kita, untuk makanan rohani juga.. Insyaallah.

Sunday 22 February 2015

Kisah disebalik Ironman : Maria Awi

Iron Man? kenapa? Haaa, jangan tak tau, ini adalah homework kami. Jangan ingat jadi cikgu je bagi homework kat student, saya yg cikgu ni pon kene buat homework tau.. baru-baru ni, pada 17 Februari 2015, hari Selasa, saya dengan 9 orang lagi rakan-rakan shaklee (nama biasa denga, tapi baru 1st time jupe) mengikuti 1 kelas dibawah Neni Lyna dan Atok Zinul. 

Kami diminta menyenaraikan 3C kami dalam 1 kertas. Apa itu 3C?

1. Country - yang kita nak pegi sangattt
- Saya punye, saya tulis Mekah, Paris. da dapat gi Mekah, baru saya nak gi Paris. takde reason for Paris, tapi cam best je... 
2. Car - yang kita nak sangatttt
- Saya suke sangat dgn XC90 yang baru. Kat Malaysia tak kuar lagi. How i wish i could have 1.. (sambil terus berangan)
3. Character - yang kita suke
- Saya suke sangat dengan attitude, cara, kepimpinan Tun Mahathir Mohamad. Saya rasa ramai je agree dengan saya. 

Lepas da tulis, kami kene lipat kertas tu dan sebelum abis kelas, diagih2kan sorang satu, randomly. Dan sebab tula tajuk Iron Man ni kuar. Saya dapat kertas Maria Awi, ibu kepada 2orang anak yang sebelum ni bekerja di Sirim dan sekarang da menjadi WAHM dan memang da fulltime buat shaklee. Maria berasal dari Kemaman, Terengganu dan sekarang menetap di Nilai. Jom kita skodeng Maria jap.

Inilah Maria Awi
Haiish, kualiti gamba ipad mini ni memang teruk. Maaf ye Maria. Terlindung kecantikan kalo amik gamba gune ipad mini.. (oh, patutla saya selalu nampak kurang cantik dalam gamba.. salah ipad upenye) *______^

Dalam 3C Maria, saya tertarik dengan character yang Maria pilih. IRON MAN. Saya tak tanye Maria kenapa dia pilih character Iron Man, tapi saya rasa saya tau kenapa. Bole baca Iron Man Attitude. 'Ironman is about the attitude of never giving up'. Bersesuaian dengan cover photo dari facebook Maria, "I dont stop when i am tired.. I stop when i am done!".  Dan, itulah Maria Awi. 

Dari bekerja makan gaji, dia mencuba bidang perniagaan yang berbeza-beza. Macam2 dia kate dia jual. Dan akhirnya bertemu dan jatuh cinta dengan Shaklee. Aktif dengan shaklee sejak awal tahun 2013 sehingga sekarang. 

Nice phrase
Saya berdoa, semoga apa yang Maria impi dan hajatkan tercapai. Semoga Maria terus success dengan shaklee dan semoga ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan hingga keakhirnya. Insyaallah.


Last but not least, my new fren too. Tablemate masa kat kelas, Ainul Malik.. Nice to meet u Ainul.

Me and Ainul

Saturday 21 February 2015

Pengedar Shaklee : Side Income?

Saya, MamaQ adalah trusted SID anda. tak percaya, cubela beli dengan saya. hihi.. Continously consultation tak kira masa. insyaallah, saya sedia membantu. Saya adalah pengedar dari Bangi dan Cash-on-delivery disekitar Putrajaya, Bangi, Kajang, Hulu Langat, Serdang dan Seri Kembangan. 


Ramai yang tengah cari side income diwaktu waktu camni. Mane taknya, dengan kenaikan harga barang, harga umah, macam2 lagila yang da tentu kita kene guna duit gaji kita.. kalo tak nak gune duit ape lagi, ye tak? weekk... Saya pon pada mulanya join sebab nak beli vitamin murah untuk makan sendiri.. Masa tu saya tgh makan set breastfeed, anak no 2.. sebulan lepas daftar, saya jadi jatuh cinta.. nak tau tak sebab ape?

1. sebab saya da rasa keberkesanan set breastfeed tadi.
2. sebab saya rasa saya akan lebih happy kalo dapat share dengan orang lain.
3. dan lebih happy lagi kalo orang lain happy.
4. sebab ia memberi saya income yang menarik.

ok, jadi, dibawah adalah a few bende yang semua kene tau. 

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda anda sume bole mendaftar, tapi kenela membuat pembayaran untuk registration fee, cume RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. keahlian adalah seumur hidup. Anda cuma perlu menghubungi saya. pendaftaran bole buat online je sekarang ni thru website shaklee2u. senang je, dihujung jari. 

Yuran keahlian Shaklee

Macam cara yang pertama tadi, pendaftaran ialah RM65 (kalo anda nak gi branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit kalo anda nak diorang pos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Biasanya yang jadi join ahli ni bayar RM75 terus. sebab nak senang.. tapi ada jugak yang nak amik sendiri sebab nak amik aura Shaklee.. Murah bukan? dengan pulangan yang menarik, sure tak menyesal.

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Kalo sekiranya anda join sebab nak makan sendiri, share dengan sedara mara ke, anda tak perlu bimbang untuk maintain point. dan sekiranya anda seorang yang inginkan bisnes, anda akan tengok lebih dari sekadar maintain point sahaja. suprise, bukan? 

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Betullah tu.. Tak perlu maintain point atau ada pembelian. kalo nak bisnes, kenela maintain. normalla tu... ;-)

Apa nak buat jika anda dah daftar dengan orang lain tapi nak join di bawah saya?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. apa yang perlu, daftar semula macam masa mula-mula join dulu. bagi details, saya akan daftarkan.. sekarang ni sume pon online..

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

yang pasti dan paling penting, mestila pasal harga.  Harga yang anda dapat adalah harga ahli. Exclusive product are for exclusive people.. :-).. Bole contact saya untuk mengetahui Pricelist Shaklee. saya punye da lunyai. tapi no worries, saya ingat sume. ^____^

kalau jadi coordinator (saya la tu..hihi) ke atas, ada insentif, dapat pegi trip free 5 star, dapat duit kereta (saya da dapat), dapat elaun mcm2. tu je la. tak banyak pun dalam beberapa puluh ribu je. ;-)


Dengan menjadi ahli di bawah saya, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team terdekat kami.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya 019 - 6090870 atau email sysupermama@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Friday 20 February 2015

Pneumococcol Vaksin : Bahaya Pneumonia

Pneuomoccol Vaksin ni sangat penting untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka lebih terdedah dengan ancaman kesihatan. kadang-kadang even kita jaga sangat pon, anak-anak ni tetap terdedah dengan ancaman-ancaman luar. bukan setakat ancaman bakteria, virus, juga ancaman manusia. Sebelum saya nak share experiences saya berkenaan Pneumococcol Injection ni, kita tengok dulu fakta yang kita PERLU tau.


Apa itu Pneumococcol Infection?

Pneumococcol infection adalah infection yang disebabkan oleh Streptococcus pneumonia. Ia bole merebak melalui batuk dan bersin dan boleh menyebabkan meningitis dan pneumonia (jangkitan paru-paru). kanak-kanak dibawah umur 5tahun lebih terdedah kepada risiko ini. 

Simptom simptom pneumonia adalah:-

- demam dan sejuk yang menggeletar (shaking), 
- as well as sakit dada, 
- batuk berpanjangan, 
- kesukaran bernafas dan lemah. 
- boleh juga mengakibatkan muntah atau sakit kepala. 

Kenapa perlu Pneumococcol Injection?

Vaksin ini adalah selamat dan efektif untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan kebawah. Setakat ini, ada 2 jenis vaksin pneumococcol iaitu PCV13 dan PPSV23. Secara ringkasnya, 1 untuk infant dan kanak-kanak, 1 lagi untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Apa itu PCV13 dan PPSV23, bole refer di SINI

Terdapat lebih 90 jenis bakteria pneumococcol. PCV13 adalah bertujuan untuk mengawal 13 jenis bakteria yang biasanya menyerang kanak-kanak. dos yang dicadangkan adalah 4 siri, iaitu pada usia 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan diantara 12-15 bulan. Kalo anak kita da lebih dari 12 bulan, dia maish ada peluang untuk dapatkan 1 dos iaitu dos yang terakhir. 

Pengalaman tak best dengan pneumonia

Apabila keadaan mendesak, baru kita berusaha mencari solution. Itula yang berlaku kat saya dulu. Anak saya, Muhammad Qays selalu sangat admitted sebab pneumonia. Paling awal masa umur dia 4bulan, dan berterusan sampailah umur dia 1tahun 2bulan. Masa tu pengetahuan saya pasal vaccination ni memang kurang. anak baru sorang, macam tak amik tau sangat. yang saya tau, vaccine biasa yang wajib amik tu je, dan yang free.

Bila dah kerap sangat tak sihat, kami susah hati jugak. yela, dok nursery, risiko nak terdedah pada penyakit tu lagi tinggi dari kita jaga anak sendiri. Pastu pulak, most of the time, saya jaga anak sorang2. Satu hari, masa nak bawa Qays gi klinik, husband saya ada terbaca satu artikel pasal pneumococcol vaksin ni dan kenapa perlunya kita amik untuk anak-anak kita. Jadinya, kami decide untuk amik tau lebih lanjut pasal vaksin ni. masa tu umur Qays da 1tahun lebih. Saya decide untuk call KPJ Kajang untuk jadual vaksin, dan Qays masih sempat untuk amik 1 dos, which is dos yang terakhir. 

Kami ke KPJ Kajang dan berjumpa Dr Asmuni. After da dapat advice sume, kami memang decide untuk amik 1 dos walaupon dos yang terakhir. Sebenarnya, memang bagus if kita dapat lengkapkan doa, tapi kalo da lambat macam anak saya ni pon takpe. Better late than never, kan? Kos satu dos vaksin kat KPJ masa tu which is tahun 2009 adalah RM200++ camtu. Murahla berbanding dengan hospital Annur kat Bangi ni. (Annur memang segala2nya mahal. Sebab dekat je saya pegi Annur, kalo tak, its really not my choice).😣

Alhamdulillah, its suprising us la bila dia sihat dan takde lagi admitted2 sebab pneumonia ni. just normal cough or flu which is normal pon untuk budak-budak dok nursery. Jadinya, anak2 yang seterusnya memang kami decide nak completekan 4 dos pneumococcol vaksin ni. 

Anak kedua saya, Muhammad Qaid, lahir-lahir je memang ada masalah sikit, bole refer di entry INI, dia dapat special attention dari beberapa pakar dan kebetulan masa tu saya memang tak bekerja, jadinya dia memang kurang terdedah kepada risiko batuk, selsema yang panjang. Based on experiences abg Qays dulu, kami memang da plan untuk dapatkan vaksin yang lengkap untuk Qaid walaupon saya full time jaga dia sampai umur dia dekat 2tahun lebih. So far so good, memang tak penah admit sebab pneumonia. Tapi 2,3 kali gakla admit sebab batuk lame sangat (blom tahap pneumonia).

Yang no 3 pon sama, Nur Qiyyama, dia pon dapat complete dos macam Qaid kat Klinik Pakar Kanak-kanak Annur. Satu dos RM300 untuk injection sahaja, Belum masuk consultation lagi. Tapi sebab dekat dan sebab saya suke dr Arbaiyah, saya pegi gakla walaupon mahal skit. Yaya @ Omey, walaupon lahir-lahir je dia, saya da keje, dan dia duduk kat nursery, blom penah lagi dia admitted atas sebab ape pon dan arapnya sampai bila-bila la camtu.. Skang umur dia da 1tahun 5bulan. Da 3 orang ni, saya dapatla bezakan keadaan anak2 yang amik dan tak amik. 

Sebab tu walaupon mahal, saya akan pastikan anak-anak saya amik juga pneumococcol injection ni. Bukan apa, risau.. skang ni lagi la macam macam penyakit. Da banyak pulak kes kanak-kanak mati sebab pneumococcus bacteria. Mati memang ditentukan oleh Allah. Saya as manusia, mencuba dan usaha yang terbaik buat anak-anak saya. 

selamat malam. Assalamualaikum.😊

Thursday 19 February 2015

Electronic Dust Mite Controller from Aller DMC

Ape itu Dust Mite?

Dust Mite ataupon hama ini adalah sejenis pepijat yang sangat kecil yang ofcos kita tak nampak pon. Makanan hama ni adalah sel sel kulit mati dari manusia dan haiwan peliharaan. Cemana pon, hama ni tak bahaya pada kita sebenarnye, tapi najis hama yang banyak memberi impak pada kesihatan kita, lagi lagi pada sesape yang sensitif. Dalam tempoh 10 minggu, seekor hama ni bole menghasilkan 2000 najis!! betapa banyaknye najis hama ni kat atas tilam kita especially. bole refer diSINI untuk info lanjut. Nak tengok tak rupa dust mite?

Geli tak?

Apa pula Aller DMC?

Aller DMC adalah pengawal hama yang berfungsi mengeluarkan bunyi ultrasonic, tak dapat diengari oleh manusia mahu pun haiwan. Ia adalah plug and play device, yang sangat mudah digunakan. Saya pon gune Aller DMC dan memang tak kuarkan any sound pon, sebab saya manusia ye. sebab tu saya tak dengar. hihi.. tapi sebenarnye bunyi ni bole didengari oleh dust mite dan bunyi ini akan menggangu reproductive cycle dan feeding dust mite yang berada didalam range 80meter dan sekaligus mengurangkan populasi dust mite serta bahan buangannya @ najis.. eyarkk..

Dust mite controller brand Aller DMC (yang paling galmer la setakat ni)

kelebihan dust mite controller ni;

1. chemical free, sebab ia adalah device, takyah nak add pape, plug je. 
2. clinically proven effective. saya baru pakai, so saya takleh nak bagi review yang so sure. but its kind of work. 
3, membantu mengurangkan dan mengelakkan allergy. Ini pon tujuan saya beli,
4. totally safe untuk manusia dan haiwan. Small device macam bentuk mouse, takde chemical apply. It safe.
5. gune letrik yang sikit. pon saya takleh nak review lagi. tapi kalo tengok, memang saya tak rasa bagi efek pon kat bil letrik.

keberkesanan dia makan masa jugak, sebab kita guna bende ni untuk kawal cycle pembiakan dia. jadinya memang kene on berterusan dan efek nya kita bole tengok dalam masa 2-3 bulan. 

Purposely untuk bilik anak anak saya. 


Kecil je, kan?

kat mane bole dapat?

Bole beli online. Banyak online farmasi jual bende ni, harga yang saya jupe RM290, RM300.. lebih kurang tula. tapi saya nak cepat, saya malas nak online2, saya cari di Bangi, sume farmasi yang saya pegi takde jual. Farmasi favourite saya dekat area Gulatis or Old Town White Coffee or Bank Muamalat je yang ada jual. Harga RM300, tapi dia bagi saya RM290. Stok memang sangat terhad. Tapi kalo abis, dia memang akan topup. 

If ada allergy dengan dust mite, sangatla digalakkan beli. Tapi tak semata2 yang ni la. Berserta beberapa lagi body care yang saya akan ceritakan di entry seterusnya. ^____^

As a mother, we will do everything we can for our kids. That's what we call LOVE and its INFINITY..

Tuesday 17 February 2015

Review buku Dr Azizan : 21 Formula Hidup Luar Biasa PART 1

Semasa menghadiri kelas blog bersama Firdaus Azizi, buku ini diberi secara percuma kepada kami bertiga atas satu keje volunteer. Mujurla saya tak malu malu. Nak dapat buku free rupanya.. Hihi..

Buku bertajuk 21 Formula Hidup Luar Biasa adalah buku yang memaparkan formula transformasi kejayaan dan keberkatan dari Dr Azizan. kalo nak beli, buku ni berharga RM45.90 untuk semenanjung Malaysia dan RM48.90 untuk Sabah dan Sarawak.

Ada 5 topik yang dicadangkan penulis untuk kita baca :

1. The Power of Sedekah, terutamanya point nombor empat dihujung babnya.
2. The Power of Seikhlas. Hayati kisah awal dan akhirnya.
3. The Powerof Serah. Anda bakal terpesona dengan kisah bantuan Tuhan di tanah suci.
4. The Power of Syukur, keselurahannya.
5. The Power of Semangat. Pelajari sesuatu luar biasa dari seorang makcik biasa.

Buku dan poster Dr Azizan
Review pertama adalah review berkenaan The Power of Sedekah. tak baca buku ni pon saya rasa ramai yang tau power of sedekah tu cemana, kan? tapi ramai juga yang saya rasa masih berkira kira dalam memberi. sindiketla, penipuan la, macam macam lagi yang kita akan pikir. tapi, kita tolak jauh2 ape yang kita pikir. 

saya amik sikit dari petikan buku ni, "bila kita bersedekah, ia adalah untuk kebaikan diri kita kerana Tuhan akan membalasnya berkali ganda. Balasan dalam bentuk rahmat, maghfirah dan barokahNya dalam kehidupan. Dengan bersedekah juga, Allah akan lapangkan setiap rezeki kita.. Maknanya sedekah itu adalah pelaburan bukannya kerugian....". 

dalam tajuk yang pertama ini juga, Dr Azizan ada mebincangkan, bagaimana sedekah mampu membersihkan kolam jiwa sekaligus jadikan kita manusia kaya, berjaya, bahagia dan diredai.

1. Sedekah membentuk minda 'kaya' walaupon anda belum bergelar jutawan.
2. ingin tahu teknik 'beyond marketing'? Bagaimana sedekah mampu menjemput rezeki?
3. Sedekah bukan setakat membentengi kekayaan, bahkan is menambahkannya.
4. bagaimana sedekah mampu kabulkan hajat anda?

menarik, bukan?

saya akan review lagi dalam PART 2 nanti. Selamat membaca. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...