Monday 19 May 2014

Paper Bag Murah ~ buat sendiri!

Yippi... Buat paper bag sendiri nak? Punca saya buat paper bag sendiri ofcozla sebab anak.. Teacher's day punye cerita.. Da beli barang tupperware, cari goodies bag kat kedai buku, takde.. Pegi 4 kedai kot.. Haiisshh.. Sudahnye, buat sendiri.. Senang upenye buat paper bag sendiri ni.. U can do it also! 

Ape yang kita kene gune? 
1. A4 paper.. print ikut suke... 1 bag perlu 2 helai..
2. Gam
3. Pembaris


Step 2, gamkan dua2 A4 paper tu, dalam 1 cm ke, untuk lekatkan to each other.. Alamak, susah nak explain.. Tapi mehla tengok gamba ni. 2 helai kettas, digabungkan.


Pastu, lipatkan kertas yg da digabungkan tu kedalam, dalam ukuran 3cm ke, utk jadikan dia 'tulang' tepi beg. Imagine je paper beg yg biasa tu. Takpon layan gakla gamba kat bawah ni.. :-)


Okeh?? Settle tulang tepi beg.. Ni skang nak buat pulak tapak beg.. Again, imagine je beg yg sedia ada tu, lipatkan dia yg tepi tu, pastu baru lipatkan yg tengah.. 


And last skali, gamkan... Jadila camni.. Tadaaaa.... Ni.a hasil beg yang da siap.. Simple,kan? Jimat kos.. 


Besar beg ni bole masuk satu eco botol brand tupperware tu.. Macam yang anak saya nak bagi kat cikgu2 dia.. Anak happy, mama pon happy.. 😆


Selamat mencuba!

Tuesday 13 May 2014

Petua dan cara untuk merawat chicken pox : PART 1

Saya nak share sikit antara petua yang saya guna pakai untuk merawat chicken pox atau demam cacar pada anak anak saya. Baru lepas Baby Yaya kene campak halus, sambung pulak adik Qaid dgn chicken pox..tak demam pon, tapi tetibe naik satu badan.. Da naik satu badan baru dia demam.. Sungguh aneh.. Hihi.. Tak sekolah la dia nampaknye.. 
Hari ketiga.. Baru bawa g klinik which is our favourite pakar, Pakar Kanak kanak Annur.. Qaid ni memang sangat serasi sangat dengan Dr Ar.. dengan doktor lain, dia tak berapa serasi, tak lut kate orang Johor... ahaks.. Beginning cerita tak best masa dia kecik pon dengan doktor Ar, mungkin tu jugala antara sebab dia serasi sangat dengan doktor Ar.

Hari keempat, memang da banyak da keluar chicken pox dia.. Sangat banyak.. Dala anak bujang yang sorang ni kuat menggaru.. mama ni,  doktor bagi calamine lotion, mama pon pakaikanla.. Dan inila hasilnye... Comel, comel, comel...

Ok, cerita tentang chicken pox, antara petua yang saya guna pakai, adalah;


1. Daun semambu.. Cari je, kat kampung kampung banyak.. Umah orang india pon biasanya ada.. 1st, Letak kat bawah tempat dia tido... Pastu blender daun tu, campur dengan calamine lotion.. Sapukan kat badan dia.. Saya tak pilih2, satu badan saya lumur.. Kalo bole, saya nak mandikan dia dengan calamine lotion.. Hihihi

2. Saya mandikan dia dengan basic H... Pelik? Ape nak pelik..Basic H multipurpose.. Mop lantai pon bole.. Basuh puting anak anak pon guna Basic H... Masih pelik?? Tak yah nak pelik sangatla... memang multipurpose.. Chicken pox cepat kering tau.. Tengok jela Qaid.. 2ari je gelembung2 tu..

3. And, saya control food intake dia.. Kacang, ayam dan segala macam makanan gatal, sorry to say, memang jangan harapla.. Sonye, takla dia menggaru sangat.. Garu garu sikit standardla budak.. Kan? ;-)

4. Pakaikan stokin kat tangan dia waktu malam.. Bukan nak dera dia tapi taknak bg menggaru... Dia memang akan tetap menggaru, tapi takla direct sangat dia menggaru guna kuku... Kuku ni berbisa.. Elok elok kita nak bagi dia baik cepat, lagi teruk pulak kang... Da la kulit dia memang sensitif..

5. Ni bila da kering, saya sapu pulak dengan herbal blend... So, lebih selamat dari calamine lotion. bye bye calamine lotion.

So, bole la kalo nak cuba petua saya tu. Dan pesanan untuk ibu ibu.. Sabar ye jaga anak yang tak sihat, lagi lagi chicken pox... Seksa kita tengok, seksa lagi anak kita.. 

Peace no war... Daaa... ^____^

Monday 5 May 2014

Bumbo seat untuk baby dah sampai

Alhamdulillah, akhirnya bumbo seat for my baby girl da sampai.. Deliver sampai rumah lagi.. Kelassss... ;-).. Rezeki yaya, dapat bumbo seat murah tapi complete dengan tray skali, new set lagi. Tu pon sebab owner taska, Little Feetrah Child Care yang tolong belikan... Tolong belikan, means, dia mmg tak amik untung at all.. Belikan dan anta sampai uma, kebetulan sebab baby Yaya pon tengah demam campak, so mama mmg tak kuar kemana.. 

After long survey, mothercare, and beberapa online shop yang lain, this is mama's choice. kalo onlne shop, yang paling murah pon dalam LittleWhiz.. Yang lain, errmmm, sayang nak kuarkan duit.. And my baby's Bumbo Seat, definitely, sangat value for money... Lalalala.... 

Look at her big smile... Seriously mama happy sebab senang sangat bila ada bumbo seat ni.. 

nak tau tak ape kelebihan bumbo seat ni?


Angkut je dia kemana pon mama nak pergi.. G dapur, bawa g dapur skali.. g tgk tv, bawa skali.. biar dia tengok mama masak.. Belajar masak skali.. Hihihi... Yg paling best time nak bagi makan.. Tak la macam nak naik kaki dengan tangan nak menepis tangan dan kaki dia jugak..  sangat suitable untuk baby yang baru pandai duduk. selesa, memudahkan. anak ceria, mama gembira.. weeeee

Ok, done! Bumbo seat is here! ^_______^.. 

Solat Sunat Dhuha & Al Mathurat.....

Solat Sunat Dhuha dan Al Mathurat sangat sinonim dalam usaha memperoleh dan meluaskan, mencukupkan rezeki. Solat sunat dhuha ialah solat diwaktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan Al Mathurat dibaca selepas menunaikan solat Dhuha. *Ini yang biasa saya praktikkan*

Nabi S.a.w pernah bersabda, Allah telah berfirman :

"wahai anak Adam! Bersembahyangla untuk Aku diawal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu diakhirnya."  (Riwayat Ahmad)

Solat Dhuha dikerjakan pada ketika matahari sedang naik, iaitu anggaran dari jam 8 pagi hingga 11 tengahari. Dilakukan sebanyak 2 rakaat. Tetapi bole juga dilakukan 4, 6, 8 dan sehingga 12 rakaat dan setiap 2 rakaat, satu salam. 

Cara-cara menunaikan solat Dhuha, 

a) bacaan niat solat sunat Dhuha, Ertinya "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
b) rakaat pertama - surah Al-Fatihah & As- Syam
c) rakaat kedua - surah Al-Fatihah & Ad- Dhuha
d) selesai salam, berdoalah yang bermaksud,

" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya, kecantikanMu, keindahannye keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasannya kekuasaanMu, perlindungannya perlundunganMu. Ya Allah jika rezki masih dilangit, turunkanlah, jika dibumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanla, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh"

Disini saya sertakan bersama, pengertian dan kelebihan membaca Al Mathurat. Semoga ia memberi kita faedah dan semangat untuk mengamalkannya. InsyaAllah.. Sicomel ni bole cari kat MPH or mane2 kedai buku.. Cuma RM2 je.. Ada macam-macam jenis.. RM1.80, RM1 pon ada.. :-)


Pengertian Al Mathurat

1. Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh rasulullah SAW.
2. Segala wirid, doa, zikir didalam Al Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan, mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberila kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
3. Tidakla kita membuang masa begitu sahaja. Bertasbih dan berzikir dgn zikir mathurat pagi waktu pagi dan petang.
4. Kepada yang telah mengamalkannya, akan merasa perbezaan dengan hari hari yang tidak dimulakan dengan Al Mathurat. Begitula besarnya kekuatan roa dan wirid yang terdapat dlam Al Mathurat. 

Kelebihan membaca Al Mathurat :

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarga terselamat dari perkara yang tidak diingini
3. Allah mencukupkan ape yg sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut, maka Allah akan menjamin untiknye syurga
5. Selamat dari segala sesuatu
6. Allah menyempurnakan nikmatnya keatas orang yang membacanya
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat keatanya
9. Terhindar daripada syirik
10. Selamat dari bisa atau sengat semua mahkluk yang beracun
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
12. Berhak mendapat syafaat di hari kiamat
13. Sesiapa yang membacanya diwaktu pagi, dipelihara Allah hingga ke waktu petang. Sesiapa yang membacanya diwaktu petang, akan dipelihara Allah hingga kewaktu pqgi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa

Dan berbagai2 lagi kelebihan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...