Monday 5 May 2014

Solat Sunat Dhuha & Al Mathurat.....

Solat Sunat Dhuha dan Al Mathurat sangat sinonim dalam usaha memperoleh dan meluaskan, mencukupkan rezeki. Solat sunat dhuha ialah solat diwaktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan Al Mathurat dibaca selepas menunaikan solat Dhuha. *Ini yang biasa saya praktikkan*

Nabi S.a.w pernah bersabda, Allah telah berfirman :

"wahai anak Adam! Bersembahyangla untuk Aku diawal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu diakhirnya."  (Riwayat Ahmad)

Solat Dhuha dikerjakan pada ketika matahari sedang naik, iaitu anggaran dari jam 8 pagi hingga 11 tengahari. Dilakukan sebanyak 2 rakaat. Tetapi bole juga dilakukan 4, 6, 8 dan sehingga 12 rakaat dan setiap 2 rakaat, satu salam. 

Cara-cara menunaikan solat Dhuha, 

a) bacaan niat solat sunat Dhuha, Ertinya "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
b) rakaat pertama - surah Al-Fatihah & As- Syam
c) rakaat kedua - surah Al-Fatihah & Ad- Dhuha
d) selesai salam, berdoalah yang bermaksud,

" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya, kecantikanMu, keindahannye keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasannya kekuasaanMu, perlindungannya perlundunganMu. Ya Allah jika rezki masih dilangit, turunkanlah, jika dibumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanla, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh"

Disini saya sertakan bersama, pengertian dan kelebihan membaca Al Mathurat. Semoga ia memberi kita faedah dan semangat untuk mengamalkannya. InsyaAllah.. Sicomel ni bole cari kat MPH or mane2 kedai buku.. Cuma RM2 je.. Ada macam-macam jenis.. RM1.80, RM1 pon ada.. :-)


Pengertian Al Mathurat

1. Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh rasulullah SAW.
2. Segala wirid, doa, zikir didalam Al Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan, mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberila kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
3. Tidakla kita membuang masa begitu sahaja. Bertasbih dan berzikir dgn zikir mathurat pagi waktu pagi dan petang.
4. Kepada yang telah mengamalkannya, akan merasa perbezaan dengan hari hari yang tidak dimulakan dengan Al Mathurat. Begitula besarnya kekuatan roa dan wirid yang terdapat dlam Al Mathurat. 

Kelebihan membaca Al Mathurat :

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarga terselamat dari perkara yang tidak diingini
3. Allah mencukupkan ape yg sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut, maka Allah akan menjamin untiknye syurga
5. Selamat dari segala sesuatu
6. Allah menyempurnakan nikmatnya keatas orang yang membacanya
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat keatanya
9. Terhindar daripada syirik
10. Selamat dari bisa atau sengat semua mahkluk yang beracun
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
12. Berhak mendapat syafaat di hari kiamat
13. Sesiapa yang membacanya diwaktu pagi, dipelihara Allah hingga ke waktu petang. Sesiapa yang membacanya diwaktu petang, akan dipelihara Allah hingga kewaktu pqgi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa

Dan berbagai2 lagi kelebihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...