Tuesday 17 February 2015

Review buku Dr Azizan : 21 Formula Hidup Luar Biasa PART 1

Semasa menghadiri kelas blog bersama Firdaus Azizi, buku ini diberi secara percuma kepada kami bertiga atas satu keje volunteer. Mujurla saya tak malu malu. Nak dapat buku free rupanya.. Hihi..

Buku bertajuk 21 Formula Hidup Luar Biasa adalah buku yang memaparkan formula transformasi kejayaan dan keberkatan dari Dr Azizan. kalo nak beli, buku ni berharga RM45.90 untuk semenanjung Malaysia dan RM48.90 untuk Sabah dan Sarawak.

Ada 5 topik yang dicadangkan penulis untuk kita baca :

1. The Power of Sedekah, terutamanya point nombor empat dihujung babnya.
2. The Power of Seikhlas. Hayati kisah awal dan akhirnya.
3. The Powerof Serah. Anda bakal terpesona dengan kisah bantuan Tuhan di tanah suci.
4. The Power of Syukur, keselurahannya.
5. The Power of Semangat. Pelajari sesuatu luar biasa dari seorang makcik biasa.

Buku dan poster Dr Azizan
Review pertama adalah review berkenaan The Power of Sedekah. tak baca buku ni pon saya rasa ramai yang tau power of sedekah tu cemana, kan? tapi ramai juga yang saya rasa masih berkira kira dalam memberi. sindiketla, penipuan la, macam macam lagi yang kita akan pikir. tapi, kita tolak jauh2 ape yang kita pikir. 

saya amik sikit dari petikan buku ni, "bila kita bersedekah, ia adalah untuk kebaikan diri kita kerana Tuhan akan membalasnya berkali ganda. Balasan dalam bentuk rahmat, maghfirah dan barokahNya dalam kehidupan. Dengan bersedekah juga, Allah akan lapangkan setiap rezeki kita.. Maknanya sedekah itu adalah pelaburan bukannya kerugian....". 

dalam tajuk yang pertama ini juga, Dr Azizan ada mebincangkan, bagaimana sedekah mampu membersihkan kolam jiwa sekaligus jadikan kita manusia kaya, berjaya, bahagia dan diredai.

1. Sedekah membentuk minda 'kaya' walaupon anda belum bergelar jutawan.
2. ingin tahu teknik 'beyond marketing'? Bagaimana sedekah mampu menjemput rezeki?
3. Sedekah bukan setakat membentengi kekayaan, bahkan is menambahkannya.
4. bagaimana sedekah mampu kabulkan hajat anda?

menarik, bukan?

saya akan review lagi dalam PART 2 nanti. Selamat membaca. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...