Tuesday 24 June 2014

Trip to Melaka Submarine Cable Station

Pergghh, tengok tajuk pon da nampak menarik.. But its really yes.. something yang kita tak tau, at all and now kita tau.. itula manfaatnya. 

Yesterday, kitorg beberapa org tto join trip bawa student pegi ke Submarine Cable Station kat Pengkalan Balak, Melaka.. Bertolak dari Bangi pukul 8, sampai dalam pukul 10 camtu.. Semua berjalan lancar, seperti yang dirancang, Alhamdulillah.. 

Saya ni yang kaki tengah sakit terseliuh pon, dgn tak berapa sihat, selsema, batuk, sakit tekak, nak jugak pergi walaupon seari dua after terseluih tu tak bole jalan.. Allah nak mudahkan ye tak, cemane pon, alhamdulillah, saya dapat join trip tu.. Da 2 ari jugak saya amalkan makan Vita C 2 biji nak bagi sembuh selsema.. Semalam pagi, elok pulak selsema dan arini, saya da bebas flu.. Tapi still continue juga makan 2 biji.. 

Vita c memang bagus untuk elak flu, batuk. kalo tak makan supplemen pon, bole jugak makan sumber vitac yang lain. Oren maybe. Yang baik, kita share, yang tak elok, memudaratkan, takyahla cube.. Bole tengok Vitamin C untuk keseluruhan benefit.

Kitorang baru sampai ni.. ni tengah sibuk sibuk amik pass.. Okla, taknakla cakap banyak, biar gamba jela yang berbicara ye.. ^____^

Taklimat dari pihak TM Submarine 


Ia adalah berkenaan laluan yang mereka jaga, berkenaan cara beroperasi dan macam2 lagi. Submarine cable station ni ada empat di Semenanjung Malaysia... Salah satunya adalah di Melaka, iaitu tempat yang kami lawat, yang kedua, di Mersing, ketiga di Kuala Muda dan keempat di Cherating. Keempat empat station ni mengawal selia route cable yang berbeza. Dan Melaka adalah station yang paling baru, iaitu di buka pada tahun 2005. Route yang di kawal selia oleh melaka station adalah Dumai-Melaka, Batam-Dumai-Melaka, satu lagi sy tak ingat, tapi kod dia SEA-ME-WE4.. Faktor usia, tu yang lupa tu.. ;-)

Diorang bawa kami kekawasan pantai dimana cable ditanam dan juga control room yang menempatkan computer computer untuk mengawal cable cable tersebut. Gambar dalam control room takde, saya takut nak amik.. Tempat tempat camni biasanya tak bagi amik gamba dan diorang da remind kami pon bekenaan tu. Control room beroperasi 24jam dimana memang akan ada staff yang memantau setiap route. apa yang menariknya, pergerakan kapal pon kita bole nampak dari komputer di contro, room sebab pihak TM jugak perlu memastikan kapal kapal tak jatuhkan anchor pada kawasan cable dasar laut berada.

saya sangat yakin, kalo kami tak pegi sana, kami takkan tau dan amik tau pon berkenaan dengan kedudukan cable ni. yang kita tau, kita bole berkomunikasi. itu je, kan...



Ini adalah antara cable yang diorg tunjukkan pada kami dan student, beserta sedikit penerangan berkenaan setiap cable. 



Alhamdulillah, sesuatu yang baru untuk kami.. New knowledge, new experiences.. Terima kasih kepada pihak TM kerana memberi kami peluang untuk tahu bagaimana submarine cable ni di install, cemane diorang kawal dan banyak lagi.. Kami berenti makan kat area Masjid Tanah, solat di hentian Seremban dan sampai Bangi lebih kurang pukul 5... Masing masing da kepenatan, tapi tetap happy.. Semoga ilmu yang kami dapat ni memberi manfaat kepada semua.. :-)

1 comment:

  1. hi saya nak tanya mcm mana puan minta permohonan untuk mengadakan lawatan ni ye? dgn siapa saya perlu hubungi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...