Tuesday 5 May 2015

Tips Mengajar Anak Tidur Awal

'Kita yg atur anak, bukan anak yang atur kita'

Sungguh, saya tak mungkin lupa ayat ini. Mak ayah saya penah pesan pada saya masa mula mula saya ada anak. Mak kata, kita yang aturkan tidur dia, makan dia, pakai dia.. Bukan dia yang atur kita.. Bukan kita yang kene ikut cakap dia.. Saya memang garang dengan anak-anak.. Sampai sekarang.. Tapi ape yang saya nampak, anak saya akan masuk tidur by 10pm. Saya memang ajar dari kecik tidur pukul 10 malam.. Bukan 11, bukan 10.30 dan even bukan 10.05 pon. Tapi pukul 10.00 malam or lebih awal..

Anak anak yang nak membesar ni memang perlukan tidur yang cukup untuk tumbesaran mereka. Bole bezakan la bila tidur lambat dengan cepat. Lagi lagi bila time ramai2.. Balik kampung ke, orang datang umah ke. Nak suh tidur awal pon kesian. Sekali sekala orang datang umah, ramai ramai, kan.. Tapi, tengokla esok, bangun lambat, or kalo bangun awal pon, mood tak ceria. Crancky. Meragam sampai petang.. Tu yang saya paling tak suka. 

Cara nak bagi anak anak tidur awal ;

1. Jangan bagi diorang tidur petang. Or bole tidur tengahari, sekejap. 

2. Ajak dia buat aktiviti, biar dia cepat penat. Malam, memangla tidur awal.

3. 9.30 da bole buatkan susu dan suruh masuk bilik. Ni adalah 1st step. Tak kirala diorg blom ngantuk pon, suruh je masuk bilik dan baring. Percayalah, dalam 30minit or kurang, anak anak mesti tidur.

4. Bagi anak makan seawal mungkin. Pukul 8 probably... Lagi awal lagi bagus. 

Tapikan byk mane skali pon tips yang ada, yang paling berkesan adalah, mama kene jadi HARIMAU!! Hihihi... Bila mama garang dan konsisten, anak sure akan ikut rules mama.. Btol ni.. Tak caye, cubalah!! 😉

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...