Monday 16 February 2015

Hiatus Hernia dugaan buat kami : HKL

Apa itu Hiatus Hernia?

A Hiatus Hernia is when part of the upper stomach slides upwards into the chest. It does this by pushing through the natural opening in the diaphragm muscle through which the esophagus (the pipe that goes from the mouth to the stomach) passes. Hiatus hernias are common, especially in people over 50.

Your stomach usually sits completely below your diaphragm. The diaphragm is the sheet of muscle that separates your chest (where your lungs and heart are) from your abdomen (tummy). 

Hiatalhernia.gif
ok, ini adalah sedikit information bekenaan Hiatus Hernia. secara simplenye adalah, bila perut tak duduk ditempat yang sepatutnya dan naik keatas kawasan dada.
dan inila yang berlaku kepada anak kedua saya, Muhammad Qaid.
anak saya yang kedua lahir pada 21 Nov 2011 pada pukul 8.30 pagi di Hospital Serdang dengan berat 3.55kg. mengandungkan dia, memang sangat mudah. saya takde alahan langsung, takde apa2 masalah pon masa mengandung dan dia adalah satu satunye anak saya yang lahir tanpa induce(setakat ni).saya kuar tanda darah kul 4.30 pagi dan pecah ketuban lebih kurang kul 6.30 pagi.. disebabkan saya memang ada GBS Positive, saya da expect anak saya akan dihantar ke NICU utk pemantauan rapi. dan kebetulan, dia memang ada masalah pernafasan lepas lahir. saya dapat cium dia sekali, dan saya terus tak jupe dia, sampaila husband saya bawa saya jupe dia, itupon lepas saya da cukup rehat. 

after 8 ari dalam NICU, adik Qaid dibenarkan balik. everything goes well, sampaila umur dia mencecah 3 bulan. setiap kali dia susu, tak lame pastu mesti muntah balik. MUNTAH - yang sangat banyak, saya bole kate yang keluar adalah equal dengan yang masuk.. dan sejak dari tu jugakla jadi habit saya, bawa lampin kesana kemari. 

until 1 stage yang dia muntah dengan darah.. saya jadi risau sangat, dan bawa dia keklinik. doc cume cakap itu adalah reflux dan mungkin sebab tu esofagus dia luka. da bagi ubat reflux, memang stop muntah berdarah, tapi still muntah jugak. so, kami memang pikir mungkin itu memang reflux biasa. 

but it still continously happen berari ari. sampai admitted kat Hospital Kluang, kebetulan masa tu balik uma mak. masa tu hospital tu baru je buka. 2 ari admitted, dia ok dan tak muntah, so saya pon assume, settle la.. bila balik Bangi, jadi lagi hal yang sama, sampaikan skang ni stool dia pulak ad darah. saya terus refer ke Pakar Kanak-kanak Annur, doc Arbaiyah amik sampel najis dia untuk test di lab. saya da tak ingat test lab kate ape, tapi ape yang saya ingat, doc cakap, nothings wrong dgn bende tu. 

tapi, still berlarutan jugak, sampai saya merayu kat doc, tolongla buat something. saya tau anak saya memang ada masalah. dan doc terus refer kami ke Pantai Bangsar Medical Centre. Doc Arbaiyah ada kawan also paed kat situ, Dr Atiqah (she's now suffering with cancer stage 4. Al Fatihah untuk beliau). She's very nice doctor. lembut dan sangat memahami. disebabkan kami masuk dengan ING insurance, so, takla risau sangat pasal bil. berkampung la saya dengan adik Qaid kat Pantai Bangsar selama 8ari.

Inila Muhammad Qaid beberapa hari sebelum operation

sepanjang kat situ, macam2 diorang buat untuk kesan masalah dia, tapi tak dapat detect sampaila ari ke 7, doctor suggest untuk buat barium swallow test which is Qaid dibagi makan barium dan pergerakan barium tu dipantau. saya dapat rasa betapa tak bestnye bende alah tu sebab Qaid memang macam nak muntah. putih2 mulut dia saya tgk. masa ni saya memang tak bother nak amik gamba pon. lagi lagi kes camni. tujuan test ni adalah untuk menentukan kat mane berakhirnya barium tersebut. by right, barium tu akan berakhir kat perut which is kalo normal, kat bawah.

ape yang mengejutkan, barium tu memang berakhir kat perut tapi pergerakan barium tu tak cantik, dari bawah naik keatas balik which doc expect perut dia berada diatas. sebab tu dia selalu reflux. sebab perut dia so called terbalik. susu da masuk, jatuh balik. ni explaination yang paling senang orang nak paham. 

jangan ditanya apa perasaan saya masa tu. mujurla asben saya dapat balik skejap. Allah permudahkan. kalo dia takde, saya tak taula, ape yang jadi pada saya masa tu. sebab en cinta saya ada jugakla barium test ni dibuat. atas desakan dia. apa point kami duduk sampai 7 ari kalo takde solution. kan? 

dan bila da tau camni, full xray dijalankan, dan btol, Muhammad Qaid disahkan mengalami Diafragmatic hernia pada mulanya. jalan terbaik adalah dengan membetulkan balik perut dia melalui operation. bayangkan 4 month old baby akan menjalani pembedahan yang agak besar. can u imagine? and its happen. 

kami da berbincang dgn pakar bedah dan pakar bius. tapi ad sedikit masalah (pada mulanya saya sangka ia adalah masalah, tapi sebenarnye ia adalah rahmat) dimana Prudential yg saya amik, (sy amik insurans untuk Qaid dari dia masih dalam perut) tak cover untuk conginetal kes. jadi kos pembedahan dibawah tanggungan kami which is kos dia roughly bernilai RM60k. Asben saya kate, nak taknak, kita memang kene teruskan operation.. duit bole cari. anak lebih penting. ye, kami memang takde pilihan masa tu. 

dalam pada kami berbincang, paed Qaid, doc Atiqah mencadangkan kami ke HKL.. doc Atiqah ni dulu memang keje kat HKL. bos dia adalah Dato Dr Zakaria Zahari @ Dato Zack. so,dia la yang call sana sini nak dapatkan nombor dato Zack personally. (kami sangat terhutang budi pada doc Atiqah) and esoknye, pada 28hb 3 2012, doc atiqah bagi kami appointment HKL. kami kene jupe Dato Zack. Jumaat, 5hb 4 2012. 

      Dato' Zack - ihsan google

5hb 4 2012 - kami ke HKL. saya memang da murung dari hari saya tau Qaid ad prob. tapi saya cube kuatkan hati. saya taknak nangis. masa jupe dato zack, saya ingat lagi dia explain pasal hiatus hernia, komplikasi, if berjaya cemane, if tak cemane, dan macam2 lagi. ayat dia yang saya paling ingat "saya manusia biasa. tak lari dari buat silap. tapi saya cuba yang terbaik. ibu dan ayah doala byk".. kes ni adalah kes yang ke 4 yang dato zack handle. jadi as mama, lega jugala hati saya dari saya serahkan anak saya pada pantai bangsar untuk try n error. 

kemungkinan2 yang bole jadi selepas pembedahan adalah :

doc akan tarik perut dia kebawah dan ikat supaya dia akan kekal ditempat yang sepatutnya. perut berada diatas disebabkan salur yang besar. susah saya nak explain. kalo depan2 bole cite dgn gaya tangan dan muka skali.. hihi.. so, after doc da turunkan perut kebawah, doc akan kecilkan salur tu semula. masa nak kecikkan ni yang kritikal. kalo terkecik sgt, possibility utk dia makan thru esofagus adalah kurang. dan kalo terbesar sangat, dia akan cause reflux yang berterusan. tapi dia da cakap da, dia akan belah perut dan akan tebuk skali lubang tepi perut untuk gastro. gastro ni nak standby incase dia tak bole direct feeding, dia bole minum thru gastro.

saya admitted hari selasa 9hb 4 2012. 11hb 4 2012 adalah hari pertabalan agong, dan public holiday. dato zack plan operation hari jumaat, if ad patient lain yang tak jadi operation. allah permudahkan urusan Qaid, ada sorang patient tak jadi operate. Qaid kene puasa dari malam tu smpai masa nak operate. sedih saya tgk dia, dala breastfeed, terkulat kulat haus.. tapi saya tahankan hati jugak sebab saya nak dia menjalani pembedahan dengan selamat. 

malam tu saya memang tak bole tido.. sebenarnye since dari saya tau dia ad maslah hiatus hernia, saya memang da tak lena tido. saya buat solat hajat, saya baca yassin, saya doakan anak saya sembuh, selamat. kul 9 pagi, dorg da suh ikut g dewan bedah. dan pakar bius suh saya masuk. dia kate, biar orang yang last baby saya nampak adalah saya before dia pengsan, dan yang pertama dia nampak after sedar dari operation. 

saya masuk dan saya tengok sendiri cemane keadaan anak saya. seram, Allah je yang tau. saya pegang dia masa doc bius dia. (bkn bius inject tau). meronta gakla dia nak tarik tutup kat hidung dia tu. dan tak lame pastu, dia tak sedar. masa tu saya memang da macam kurang siuman, menangis tak sudah. makan pon tak lalu. saya tau asben saya pon risau, tapi saya nampak dia lebih relaks, tenang dan cool. dia belikan saya roti, air, suh saya makan. saya makan juga, tapi rasa kelat je tekak.

kul 12 tengahari, dato zack buka pintu OT, kuar menghala kami. saya memang refleks la, nampak je dia, terus saya terkam. haha.. ayat pertama dia, Alhamdulillah, Muhammad Qaid selamat.. bersyukurnya saya rasa. dlam berjurai airmata tu, saya da bole senyum. lega sangat hati saya. nrse suh saya masuk dan tunggu smpai anak saya sedar. tak lame lepas tu,Qaid sedar. dia tak nangis, tapi dia mamai.. dia pandang sayu je muka saya.. (bila teringat balik, hati saya sayu)..

dato zack kate after operation, dia kene puasa lagi 3 ari. which is sabtu ahad dan isnin. tapi sume tu based on keadaan dia. dalam masa tu jugak, Qaid masih dibius. tu pon doc tanye kitorg pilihan bius. samaada morphin atau epidural. kalo tanye saya, saya memang tak tau nak jawab ape. tapi en asben saya buat keputusan yang sangat tepat.dia pilih morphin. selagi anak saya on morphin, dia akan mamai dan badan dia macam bengkak skit. lega jugakla saya, takdela dia nangis nak susu ke kan, 

hari sabtu, kesihatan dia menggalakkan.. doc dtg check, doc kate dia da bole minum ari ahad. saya tak ingat sebab doc bagi dia minum awal,tai memang based on keadaan dia. ari ahsd, doc round lagi, memang Qaid da bole minum. Dato zack kate, Muhammad Qaid memang baby yang kuat. dan yang paling mengagumkan, Isnin tu kami da bole checkout. 2ari lepas operation je... 

ni gamba dia yang saya ada ambil masa dia tengah on morphin.

on morphin





gastro pada perut dia, dia pakai sampai umur dia 9bln lebih. and yang besnye, dia tak penah gune skali pon gastro tu. bawa je kehulu kehilir. now, dia sihat, jadi sorang anak yang sgt baik, manja dan bijak, now, he is almost 4years old. walaupon da almost 4tahun, kami masih lagi berulang ke hospital untuk checkup setiap 6 bulan sekali. i'm glad he's in good condition. cume disebabkan dia tak bole sendawa (ini adalah komplikasi dari pengecilan salur bawah esofagus dia), doc advise untuk tak bagi dia makan or minum something yang berangin especially air gas. dan inila cheeky boy mama, Muhammad Qaid with abg Qays and baby Yaya @ Omey.


 ni pon gamba tak latest. time nak upload ni pulak tak jupe.. 

semoga perkongsian saya, memberi manfaat kepada yang berkenaan. ^_______^


6 comments:

  1. touching. nisa mmg ibu yg kuat :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dr zakaria adalah pakar bedah yang merendah diri, penuh dengan teladan yang menjadi panduan doktor2 dan staf lain yang pernah bekerja di bawahnya.

    ReplyDelete
  4. Saya tak nafikan tu.. sgt baik, sgt merendah diri.. dan sgt susah nak jupe dia...😅😅.. beruntung sy dpt consult dgn dia dulu.. rezki anak sy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...